Tanjung Tualang

Malaysia / Perak / Kampar /
 town, invisible
 Upload a photo

Nearby cities:
Coordinates:   4°19'12"N   101°3'17"E

Comments

  • Tanjung Tualang Tanjung Tualang adalah merupakan sebuah bandar yang terletak di dalam pentadbiran daerah Kinta (Kinta Barat) Batu Gajah, Perak. Ditempatkan pada kedudukan 4° 19' 0" Utara dan 101° 4' 0" Timur, bandar-bandar yang paling hampir dengannya ialah Batu Gajah, Kampung Gajah, Teluk Intan, Tronoh, Tronoh Mines, Malim Nawar, Gopeng dan Kampar. Tanjung Tualang amat dikenali pada satu masa dahulu kerana mempunyai beberapa buah lombong bijih timah yang beroperasi dengan skala besar. Antara syarikat-syarikat antarabangsa dan multinasional yang pernah bertapak dan beroperasi di Tanjung Tualang ialah Lower Perak Tin Dredging, Southern Kinta Consolidated, Southern Malayan Tin Dredging, Austral Amalgamated Tin, Osborne & Chapple, Pernas Chartered Management dan Malaysian Mining Corporation. Paling utama yang menonjolkan Tanjung Tualang ialah dengan terdapatnya beberapa buah Kapal Korek Bijih Timah yang terbesar didunia (Kapal 1). Sekitar tahun 70'an ada terdapat lima buah Kapal 1 di Tanjung Tualang dan ada beberapa belas lagi Kapal 3 dan Kapal 5. Pada masa sekarang ini anda masih boleh mengunjungi kesan tinggalan kapal korek ini iaitu (Kapal 5) yang masih terdapat di Batu 6, Jalan Tanjung Tualang, 31000 Tanjung Tualang. Tinggalan ini adalah dibawah kawalselia Jabatan Antikuiti dan Muzium Perak Darul Ridzuan. Walaupun anda tidak dibenarkan menaiki tinggalan kapal korek ini, namun anda boleh mengambil gambar foto untuk kenang-kenangan anda tanpa sekatan. Tanjung Tualang juga mempunyai industri penternakan itik (daging dan telur) dan penternakan ikan air tawar yang terkemuka dan terbesar di Negeri Perak. Ianya telah menjana ekonomi bagi kawasan ini sejak tamatnya industri perlombongan di sini. Walaupun begitu, industri getah (menanam pokok Getah) dan pokok Kelapa Sawit pula mengambil alih menjadi antara nadi utama di Tanjung Tualang. Sekarang Tanjung Tualang lebih dikenali dengan gelaran "Bandar Udang Galah" kerana terdapatnya industri penternakan udang galah berskala besar dan hampir kesemua restoran di Tanjung Tualang menjual hidangan berasaskan masakan udang galah. Para pelancong datang dari segenap pelusuk negara malah ada yang datang dari luar negara semata-mata untuk menikmati hidangan udang galah yang sedap dan segar. Namun kini terdapat satu lagi industri utama yang telah beroperasi dan bakal menjadikan Tanjung Tualang lebih terkenal sebagai "Pusat Pengujian Senjata Bawah Tanah". Kompleks pengujian senjata yang terdapat disini dikawalselia sepenuhnya oleh Kementerian Pertahanan Malaysia. Pusat bagi Tanjung Tualang ialah di simpang tiga utama. Di simpang tiga ini, anda boleh dapati ada beberapa tanda mercu yang mudah dikenali seperti Kedai Papan Keng Weng, Kedai Basikal, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Thung Hon dan juga satu-satunya gerai cendol yang terkenal (Berahim Cendol). Dari simpang tiga ini anda boleh melihat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Saint Paul. Pada satu masa dahulu di Tanjung Tualang ada terdapat sebuah pawagam yang banyak menayangkan wayang gambar Inggeris, Cina, Tamil, Hindustan, Indonesia dan Melayu. Pawagam ini beroperasi bersebelahan dengan Klinik Lim. Pada sekitar tahun 1984 pawagam ini mengenakan tiket bernilai RM0.90 untuk satu tayangan. Kini pawagam ini telah ditutup dan diubahsuai menjadi kilang kasut dan pakaian.
This article was last modified 11 years ago