San Juan

Puerto Rico / Bayamyn / Guaynabo /
 bandar, Perbandaran, capital city of country (en)

San Juan (IPA: [saŋ hwaŋ]) (daripada ungkapan Sepanyol, San Juan Bautista, "Santo John si Baptis") ialah ibu kota dan kawasan perbandaran yang terbesar di Puerto Rico. Menurut banci pada tahun 2000, ia mempunyai jumlah penduduk sebanyak 433,733 orang dan oleh itu, menyebabkannya merupakan bandar raya yang ke-42 terbesar di bawah bidang kuasa Amerika Syarikat.

San Juan diasaskan oleh kolonis-kolonis Sepanyol pada tahun 1521. Mereka menggelarnya Ciudad de Puerto Rico ("Kota Puerto Rico"). San Juan ialah kota yang tertua di Puerto Rico serta kota diasaskan orang Eropah yang kedua tertua di benua Amerika selepas Santo Domingo, kini sebahagian Republik Dominican. Banyak bangunan sejarah terletak di San Jua, antaranya Kubu San Felipe del Morro dan Kubu San Cristobál yang merupakan bekas kubu-kubu pertahanan kota yang paling terkenal.

Pada hari ini, San Juan bertindak sebagai salah satu pelabuhan laut Puerto Rico yang paling penting, serta juga pusat perkilangan, kewangan dan pelancongan di pulau ini. Jumlah penduduk kawasan metropolitan, termasuk San Juan dan kawasan-kawasan perbandaran Bayamón, Guaynabo, Cataño, Canóvanas, Caguas, Toa Alta, Toa Baja, Carolina, dan Trujillo Alto, adalah hampir dua juta orang; justera itu, hampir setengah daripada jumlah penduduk Puerto Rico kini tinggal dan bekerja di kawasan ini.
Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat:   18°23'3"N   66°3'30"W
  •  76 km
  •  902 km
  •  1833 km
Array