Wikimapia is a multilingual open-content collaborative map, where anyone can create place tags and share their knowledge.

Teluk Biscay

France / Aquitaine / Lege-Cap-Ferret /
 teluk, tidak kelihatan

Teluk Biscay (Bahasa Sepanyol : Golfo de Vizcaya, Bahasa Perancis : Golfe de Gascogne; Bahasa Basque: Bizkaiko Golkoa) adalah sebuah teluk yang berhubung dengan Lautan Atlantik. Teluk ini terletak dipantai sebelah barat negeri Perancis, dan pantai belah utara negeri Sepanyol. Teluk ini dinamakan sempena daerah Biscay di Sepanyol.

Bahagian selatan teluk ini dipanggil juga sebagai Laut Spanish Cantabrian mengambil sempena daerah Cantabria di Sepanyol. Orang-orang Rom Purba menamakan teluk ini dalam abad pertama sebelum Masihi sebagai Sinus Kantabrorum (Laut Cantabri). Teluk ini mempunyai kawasan kira-kira 86,000 batu persegi (223,000 km persegi) dengan paras dalam maksimum sedalam 15,525 ft (4,735 m).
Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat:   45°34'43"N   2°43'48"W
  •  350 km
  •  350 km
Array