Pulau Manukan

Malaysia / Sabah / Kota Kinabalu /

Pulau Manukan adalah sebahagian daripada Taman Marin Tunku Abdul Rahman dan yang paling dikenali oleh kalangan penduduk tempatan dan juga yang paling lengkap dari segi infrastruktur. Ia berbentuk seperti bumerang. Pelawat boleh bermalam di pulau ini dan apabila subuh menjelang, pemandangan matahari terbit dapat dinikmati. Pulau ini boleh dilihat dari pusat bandar raya , dan mana-mana kawasan yang terletak selatan itu. Ia tidak boleh dilihat dari bahagian utara KK kerana terletak di belakang Tanjung Sindian Pulau Gaya dari sudut tersebut. Terdapat beberapa denai di sekitar pulau ini, dan terdapat satu kawasan di mana pelawat boleh menikmati matahari terbenam, ianya dipanggil "Sunset Point". Hujung selatan pulau ini merupakan kawasan berbatu dan terdapat dua pokok di sana yang sentiasa menjadi subjek fotografi pengunjung ke pulau tersebut.
Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat:   5°58'25"N   116°0'6"E
  •  6.1 km
  •  77 km
  •  114 km
  •  168 km
  •  208 km
  •  234 km
  •  234 km
  •  257 km
  •  275 km
  •  278 km
This article was last modified 13 tahun yang lalu