Pulau Banggi

Malaysia / Sabah / Kudat /
 Muat naik gambar

Pulau Banggi merupakan pulau kecil yang terletak berdekatan dengan daerah Kudat, Sabah. Keluasan sebesar 440.7 kilometer persegi merupakan pulau yang terbesar di Malaysia, diikuti dengan Pulau Langkawi dan Pulau Pinang. Pulau Banggi terletak di utara Sabah dan berdekatan dengan Teluk Marudu. Ketinggian tertinggi pulau ini adalah sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Sibumbung dengan ketinggian 529 meter. Pusat Pentadbiran Pulau Banggi ialah Pekan Karakit dan di Pekan ini ditempatkan Pejabat Daerah Banggi, Rest House, Klinik Kesihatan, Balai Polis, jabatan-jabatan kerajaan, SMK Banggi, Pangkalan Polis PGA dan rumah-rumah penduduk kampung. Penduduk Pekan ini dianggarkan 1000 orang. Penduduk utama Pulau Banggi ialah suku kaum Ubian dan Orang Asli "Bonggi". Terdapat juga lain-lain kaum iaitu orang suluk, Kagayan dan Bajau. Dalam tahun 2003 anggaran penduduknya ialah 20,000. Pulau Sebogoh yang merupakan sebahagian pulau-pulau kecil Pulau Banggi merupakan pulau yang paling hampir dengan sempadan Malaysia-Filipina. Sebahagian mereka menjadi nelayan dan membina rumah air iaitu rumah bertiang kayu yang dibina di pantai landai lagi cetek. Cara pergi ke sana: anda boleh menyewa bot laju atau bot pancung dari Teluk Marudu atau dari Kudat.
Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat:   7°13'53"N   117°10'27"E

Komen

  • bagaimana nak ke pulau banggi
  • tumpang kapal nelayan daripada pekan kudat
  • Pulau Banggi - Pulau terbesar di Malaysia. Lokasi paling utara di Malaysia sebenarnya.
  • seronok ke duduk kat sana
  • pulau ne ok ba..kami dapt hidup jgk..lg x stress clalu
  • saya orang pulau jgk... dkat pulau ne ada mcm2 yg ada. sapa2 yang gila memancing 2 ble dtg cni tau
  • kalau mau pigi pulau banggi, ada feri bah. awal pagi dan tengah hari ja. best bah d pulau banggi. saya pernah tinggal sana selama 6 bulan, memang bosan juga la.. tapi seronok...
  • P. Banggi, saya sdh mengelilingi kawasan kepulauan di Utara Sabah khususnya, di P. Mandi Darah, Pulau Tigabu antara pulau-pulau yg amat cantik, walaupun pulau ini tiada kemudahan asas, saya berharap YB di kawasan ini dapat menonjolkan kepulauan ini kerana memang cantik pemandanganya terutama di musim teduh atau tiada angin. Saya melawat kawasan kawasan ini sebenarnya semasa wabak kolera di P. Banggi di mana tempat tempat yg saya sebut tadi merupakan tempat berlakunya kes kolera pada tahun 2011. Setiap ada kes kolera, TRO kolera saya akan di arah untuk turun ke kawasan kepulauan Banggi ini untuk buat kawalan, pernah suatu malam kami ditiup ribut semasa bermalam di perkampungan atas air di Kg. Sibogoh Pondoh, mujurlah hanya bumbung balairaya yang terbang dan kamipun terpaksa bermalam di atas kapal nelayan orang kampung. Pejalanan dari Kg. Sibogoh ke Pulau Tigabu mengambil masa 40 minit jika menggunakan bot laju dan ke Pulau Mandi Darah hanya 15 minit dari P. Tigabu. so datanglah melawat di perkampungan di Pulau Banggi untuk sekurang-kurangnya bertanya khabar pun jadilah sebab mereka betul betul memerlukan bantuan walaupun hanya sekadar motivasi saja.
  • Saya berharap suatu hari nanti saya dapat datang semula ke kampung-kampung seperti Lok Agung, Damaran, Dogoton, Sibogoh Balak dan juga Kg. Batu Sirih, Kg. Selamat kedua-dua kampung ini terlebat di P. Balambangan untuk membantu mereka dalam membuat bekalan air bersih di Luar Bandar kerana saya telah berjanji kepada mereka untuk tahun 2012.
  • saya salut sdr cjim,punya hati yang peduli orang2 di sana,saya tahu sangat keadaan di pulau banggi..ini jiwa yang mulia.
  • saya susah hati bila suami kena bertugas ke pulau banggi. saya jd takut bila cara kesana kena menaiki bot pancung atau bot nelayan dan sy harap akan ada feri utk ke pulau banggi. bila saya baca komen2 yg ada saya rasa lega sikit sbb dpt tau yg pulau banggi ini besar ..tetapi kata2 sdr cjim ttg penyakit kolera buat sy rasa takut gak..mudah2an semua nye ok saja.
  • apakah sempadan pulau banggi dengan pitas
  • saya juga turut mau bantu. Bagaimana keadaan di sana sekarang ya? -Lia
  • Tunjuk semua komen
This article was last modified 15 tahun yang lalu