Wikimapia is a multilingual open-content collaborative map, where anyone can create place tags and share their knowledge.

Menara Eiffel (Paris)

France / Ile-de-France / Vanves / Paris / Champ de Mars
 menara, Eiffel (en), tourist attraction (en), 1889_construction (en)

Menara Eiffel adalah sebuah menara yang diperbuat daripada besi, yang dibina pada tahun 1889 oleh arkitek berbangsa Perancis, Gustave Eiffel, untuk dijadikan daya tarikan Ekspo Sedunia, meraikan seabad usia Revolusi Perancis pada masa itu. Ia sepatutnya dirobohkan beberapa tahun selepas itu, namun dek kemasyhuran dan kepentingannya sebagai menara telekomunikasi, telah berjaya menyelamatkannya dari diroboh. Dan sekarang Menara Eiffel telah menjadi simbol ikon negara Perancis. Ketinggiannya adalah 324 meters dan dibina secara tiga tingkat. Untuk menaiki menara sehingga ke puncak anda mestilah menggunakan lif dari tingkat dua. Terdapat satu lagi lif dari bawah untuk ke tingkat satu dan dua. Anda juga boleh menggunakan anak tangga dari bawah ke tingkat satu dan dua.

Untuk maklumat terperinci yang di dalam bahasa Inggeris ayuh klik www.tour-eiffel.fr/teiffel/uk/

Tingkat satu Menara Eiffel adalah pada ketinggian 95 meters dari aras laut(dengan itu nama restoran pada tingkat ini pun ialah, Ketinggian 95)

Pada tingkat ini terdapat:
"Interior Orientation Panels"[tak tahu nak terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu]

Platform Meninjau Keluar

Tingkat Kedua:
Dari tingkat ini, anda boleh menaiki lif ke puncak menara.

Ke arah tiang barat(dalaman): Terdapat tingkap kaca untuk melihat ke dalam "Gouffre", iaitu nama yang diberi kepada ruang kosong di bawah dan di tengah menara.
Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat:   48°51'29"N   2°17'40"E
Artikel ini adalah dilindungi.

Komen

  • taufiq668668
    mmg comeeel!!
  •  7.1 km
  •  340 km