Pusat Bahasa Moden (Johor Bahru)

Malaysia / Johor / Sekudai / Johor Bahru
 language school (en)  Tambah kategori
 Muat naik gambar

Pusat Bahasa Moden di Kolej Universiti Selatan didirikan untuk memperkuat visi Universiti Kolej supaya menjadi tribahasa dan menjadi sebuah pusat yang membekalkan pembelajaran berbilang bahasa. Visi jangka panjang kami adalah untuk menjadikan Kolej Universiti Selatan sebuah pusat penting bagi pembelajaran bahasa dengan kursus-kursus khas dijalankan untuk pelajar, profesional dan masyarakat umum.

Para pelajar yang ingin meninggikan kemahiran komunikasi dalam bahasa Inggeris adalah didorong untuk menggunakan masa di Pusat ini kerana ianya mempunyai sebuah bilik khas untuk tujuan tersebut. Bilik ini dinamakan the English Language Lounge. Terdapat majalah dan suratkhabar dalam bahasa Inggeris serta permainan dan muzik untuk menjadikan penggunaan Inggeris sebagai sesuatu yang sukacita dan semulajadi. Tambahan pula, terdapat pensyarah dan profesor yang memainkan peranan sebagai pembantu bahasa untuk menjawab pertanyaan pelajar tentang tatabahasa dan sebagainya di dalam Lounge.

Selain itu, Pusat Bahasa Moden juga menganjurkan bengkel bahasa Inggeris untuk para pelajar dan masyarakat umum supaya meninggikan daya pertuturan dan penulisan mereka.

Kursus-kursus yang Pusat ini bekalkan kini mengandungi Penulisan Inggeris, Asas Bahasa Cina, Bahasa Jepun dan Bahasa Korea.

www.southern.edu.my/mlc/
Tempat ini terletak di Bangunan Utama
Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat:   1°32'1"N   103°40'54"E
This article was last modified 8 tahun yang lalu