Sultan Ismail College-Maktab Sultan Ismail | sekolah, Sekolah Menengah/Pendidikan Menengah

Malaysia / Kelantan / Kota Bahru /
 sekolah, Sekolah Menengah/Pendidikan Menengah
 Muat naik gambar

Apa yang saya akan catatkan di sini adalah diambil secara terus dari Majalah Tahunan Sekolah Maktab Sultan Ismail, cumakan saya guna pengalaman terjemahan saya untuk dimasukkan ke dalam kategori Bahasa Malaysia(Malay). Iaitu Majalah " The Kijang ", edisi ke 61 Tahun 2010. Di dalam Majalah tersebut, catatan ini termuat pada halaman 10 dan halaman 11.

INILAH TERJEMAHAN DARI SAYA[SEBAGAIMANA VERSI BAHASA INGGERIS, JUGA SAYA YANG MUATKAN KE SINI PADA SLOT " ENGLISH "NYA...]


MSI-SELAYANG PANDANG


SOROT KEMBALI
Maktab Sultan Ismail(MSI) telah diasaskan(pada mulanya) sebagai Ismail English School(IES)bersempena nama DYMM[Duli Yang Maha Mulia]Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Muhammad IV, bertarikh 05 haribulan Januari 1936. Murid awal, iaitu sejumlah 37 orang, murid Tahun 1, yang di masa itu disebut sebagai Darjah 1, telah ditempatkan secara sementara dalam sebuah bangunan bengkel di Sekolah Melayu Padang Garong, Jalan Hospital, bandar Kota Bharu, di mana Tg. Mahmud TG Yusuf pula, adalah guru besar yang pertama.

* Sekarang, Sekolah Melayu Padang garong dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Padang Garong (I), Jalan Hospital, Kota Bharu.

Apabila jumlah pelajar meningkat secara mendadak, IES terpaksa berpindah ke lokasi baharu iaitu Kg. Kesina Dua, Jalan Telipot, pada tahun 1937. IES berkembang dengan begitu cepst sekali demi memenuhi tuntutan dari masyarakat setempat yang mula menyedari peri mustahak pendidikan bertaraf premier. Berikutan itu, nama IES dengan rasminya dan untuk selamanya ditukarkan kepada Maktab Sultan Ismail(MSI) atau Sultan Ismail College oleh DYMM[Duli Yang Maha Mulia] Sultan Ibrahim ibni Sultan Muhammad IV.

LOKASI
MSI terletak dengan strategik di atas tanah 12 ekar di Jalan Telipot, iaitu lebih kurang 5 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu. MSI dengan reputasi sebagai salah satu sekolah kawalan di PPD Kota Bharu[Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu]dan di bawah [seliaan]Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan. MSI, sekolah premier di negeri Kelantan, telah dianugerahkan [status]Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2009.

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN
MSI adalah istimewa dengan bangunan-bangunannya dikelilingi oleh " natural gardens ". [" natural gardens " saya terjemahkan sebagai pepohonan]. [Oleh itu saya ulang semula ayatnya]. MSI adalah istimewa dengan bangunan-bangunannya dikelilingi oleh pepohonan sebagai lanskap. Di antara kemudahan-kemudahan yang terdapat ialah, pejabat pentadbiran, bilik-bilik guru, bilik-bilik darjah, bilik-bilik makmal dan Dewan Tg. Mahmud. Dua buah bangunan lama telah pun dikenal pasti secara rasmi sebagai sebahagian daripada warisan sejarah negara. Sebuah bengunan yang bersisi lapan, di mana di situ terletaknya sebuah perpustakaan dan sebuah bilik mesyuarat adalah disumbangkan oleh ISMAILLIANS[Persatuan bekas pelajar atau Murid-murid tua Maktab Sultan Ismail]. Manakala itu, terdapat lagi kemudahan-kemudahan lain, iaitu sebuah gelanggang tenis, sebuah bangunan(gelanggang) Squasy, sebuah padang bolasepak yang sangat besar dan arena bola lisut. Asrama untuk pelajar lelaki dan pelajar perempuan juga disediakan.

KURIKULUM
Suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif berjaya diujudkan melalui dedikasi dan komitmen [yang ditunjukkan]oleh Pengetua dan guru-guru di MSI, yang mana hasilnya, banyak program-program yang diusahakan oleh pihak sekolah telah terbukti efektif dan berjaya. Satu lagi faktor yang menyumbang ke arah menyemai budaya sains dan teknologi di kalangan semua pelajar ialah dengan menjadikan 100% pelajar adalah aliran sains. Dengan tekad untuk mengekalkan prestasi akademik, beberapa anugerah telah diperkenalkan. Anugerah-anugerah tersebut ialah Anugerah Ismaiilian, Anugerah Aziz Yasmin. Anugerah Noor Zain, Anugerah Dato Azman Yahya dan Anugerah Dato Dr Ezanee.
Banyak program-program berbentuk akademik telah dijalankan. Iaitu seperti Malam-malam Emas, Percutian Emas, Kelas-kelas Tambahan, Professor Muda, Kuliah Pagi, Kelas Prihatin, ' Buku Di Tangan ', Klinik Matapelajaran, Sesi Pertemuan Antara Ibu-bapa Guru dan Kuliah serta Bengkel oleh Guru-guru Pakar.

KO-KURIKULUM
Sifat dan personaliti pelajar-pelajar dapat dipertingkatkan melalui penglibatan[pelajar-pelajar] dalam persatuan-persatuan matapelajaran dan pakaian seragam, dan juga kelab-kelab sukan dan ko-kurikulum. MSI adalah juga popular dengan kelab-kelab elitnya seperti; Kelab Bowling, Kelab kapalterbang, Kelab Ekuin dan Akademi Bolasepak SIC. Di antara program-program yang dijalankan ialah seperti Hari Sukan, acara Merentas Desa, Perhimpunan Mingguan PPS, " March Past "[saya kena salin ungkapan asalnya dalam Bahasa Inggeris, sungguhpun saya cuba juga untuk menterjemahkannya dengan kemampuan saya iaitu] lintas hormat, Perkhemahan Perdana, dan Karnival Warisan Seni dan Budaya.

Prestasi cemerlang kelab-kelab sukan dan persatuan-persatuan seperti Pancaragam sekolah, Kumpulan Gamelan, Pancaragam muzik Tradisional, Persatuan Pelajar-pelajar Islam, Kelab Catur, Kelab Tae-Kwan-Do, Kelab badminton, PBSM(Persatuan Bulan Sabit Merah), KRS(Kadet Remaja Sekolah), Persatuan Pengakap, dan Kelab kadet Bomba. Kelab-kelab dan Persatuan-persatuan ini telah melahirkan ramai jaguh-jaguh dalam aktiviti ko-kurikulum.

MSI, telah menghasilkan ramai ilmuwan terkenal, ahli-ahli teknokrat, para usahawan, ahli-ahli politik dan para olahragawan yang memberikan inspirasi, kebanggaan dan telah mengharumkan nama sekolah samada di peringkat kebangsaan maupun global.


MSI
Sekolah Gugusan Kecemerlangan
Sekolah Premier
" Asean Linkage School "/ Sekolah Rantaian Asean
[Maafkan saya!!! sekira terjemahan saya ini{Sekolah Rantaian Asean} tidak menepati atau tersasar dari maksud asal Bahasa Inggeris{ Asean Linkage School "}itu]
Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat:   6°6'24"N   102°15'4"E
This article was last modified 10 tahun yang lalu