Giat Mara Batang Lupar (Sebuyau)

Malaysia / Sarawak / Sri Aman / Sebuyau
 office building  Add category
 Upload a photo

GIATMARA Batang Lupar ( GMBL ) berlokasi lebih kurang 150km daripada Bandaraya Kuching , Sarawak dan terletak di dalam Parlimen Batang Lupar , P 201 yang merangkumi Dun Sebuyau ( N 22 ) , Dun Lingga ( N 23 ) dan Dun Beting Maro ( N 24 ).

Pada asalnya cadangan penubuhan GMBL adalah di Daerah Kecil Pusa,Sri Aman. Walaubagaimanapun , di atas nasihat YB Datuk Wan Junaidi pada masa itu GMBL telah ditubuhkan di Daerah Kecil Sebuyau , di mana MARA telah membeli tanah persendiriaan daripada penduduk setempat .

GM BL mula beroperasi pada 01hb Jun 2004, dimana kursus pertama yang dijalankan adalah Kursus Pembuat Pakaian ( PPW ) dan diikuti dengan Kursus Teknologi Binaan Bangunan (TBB ) pada 01hb Julai 2004. Seramai 22 orang pelatih PPW dan 15 orang pelatih TBB mula mengikuti kursus dan di bimbing oleh 2 orang Tenaga Pengajar PPW dan seorang Tenaga Pengajar TBB . Urusan pentadbiran GMBL diuruskan oleh seorang Pengurus dan dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir dan seorang Penyelenggara Setor .
Nearby cities:
Coordinates:   1°31'2"N   110°56'38"E
This article was last modified 10 years ago