Taman Intan Perdana (Teluk Kemang)

Malaysia / Negeri Sembilan / Port Dickson / Teluk Kemang / PORT DICKSON
 neighbourhood  Add category
 Upload a photo

Taman Intan Perdana terletak di Negeri Sembilan, iaitu di daerah Port Dickson, mukim Si Rusa. Lihat peta 1.0. Kawasan ini di bawah pentadbiran Majlis Pebandaran Port Dickson. Keluasan 66.7 kilometer persegi(Sumber: Pejabat Daerah Port Dickson).Kawasan ini telah dimajukan oleh pemaju Intan Corp. sekitar tahun 1999 hingga 2001.Kawasan perumahan ini terletak di sebelah tenggara pusat bandar Port Dickson. Kedudukannya kira-kira 15.7 km dari pusat bandar. Perjalanan dengan menaiki kereta dari Taman Intan Perdana ke pusat bandar kira-kira 19 minit.

Taman Intan Perdana terletak berhampiran dengan beberapa taman perumahan yang lain seperti Taman Bukit Perdana, Taman Politeknik, Rumah Rakyat Telok Kemang, Port Dickson Villa, Taman Bayu, dan Taman Baru Kemang. Politeknik Port Dickson juga terletak berhampiran dengan Taman Intan Perdana

Bagi membina kawasan perumahan, syarikat pemaju telah menebang pokok-pokok kelapa sawit di kawasan ini. Oleh itu kawasan ini kelihatan
hampir rata dan sangat sesuai dijadikan petempatan. Pokok dan rumput banyak ditanam di sekitarnya sungguh indah.

Di kawasan Taman Intan Perdana terdapat banyak rumah teres setingkat dan terdapat juga rumah flat yang dinamakan Intan Court. Prasarana yang terdapat di Taman Intan Perdana adalah seperti kedai, taman permainan dan balai raya.
Nearby cities:
Coordinates:   2°26'57"N   101°52'12"E
This article was last modified 15 years ago