Bangunan-bangunan Biara Basilian Vilnius (Vilnius)

Lithuania / Vilniaus / Vilnius
 heritage (en), biara, lokasi menarik
 Muat naik gambar

Bangunan biara Basilian terletak di atas bukit St. Trinity, yang dikenali sebagai lokasi kejadian di mana 3 orang telah syahid[syahid ini adalah mengikut fahaman Kristian bukannya fahaman Agama Islam-diharap fahaman ini tidak disalahertikan oleh penganut-penganut Islam]iaitu Anthony, John and Eustathios. Mengikut lagenda Uljana(Julijona)isteri kepada "grand duke of Lithuania" Algirdas, telah membina sebuah gereja ortodox daripada kayu pada tahun 1347 untuk memperingati tiga orang syahid ini. Pada tahun 1514, Konstanty Ostrogski(Konstantinas Ostrogiškis)telah menyumbangkan gereja ortodox baharu, biara dan "belfry"[menara loceng di gereja]. Pengikut-pengikut Basilian, pelajar-pelajar uniate Velamin Rutski, telah tinggal di sini pada tahun 1607 dan pengikut-pengikut perempuan Basilian pula tinggal di sini pada tahun 1610. Biara Basilian Vilnius menjadi pusat kepada Gereja Uniate Lithuania. Noviciate dapat diuruskan dengan baik.[Noviciate ialah tempat tinggal novis. Novis ialah rahib pelatih]manakala "uniates"mempunyai rumah penerbitan. Pada abad ke 17 gereja-gereja kecil(chapels)St. Luke, "St. Cross exaltation, St. God's Mother visit(Skuminai)telah dibina. Selepas kejadian kebakaran pada tahun 1760, arkitek bernama Johann Cristoph Glaubitz telah membina semula gereja tersebut dan memulakan projek Pintu Pagar Biara Basilian. Gereja dibina semula lagi pada abad ke 19. Paderi-paderi Basilian telah dibuang negeri pada tahun 1821. Gereja St. Trinity telah dijadikan "ortodox church of Revelation", biara telah dijadikan " ortodix seminary" dan sebahagian daripada biara lelaki telah digunakan sebagai sebuah penjara. ramai pelajar-pelajar Universiti Vilnius, ahli-ahli Pertubuhan Filaret telah dipenjarakan. (Di antara banduan-banduan yang terkenal ialah-penulis Adam Mickiewicz(Adomas Mickevičius), saintis Ignacy Domeyko(Ignotas Domeika), pemimpin sewaktu penentangan pada tahun 1831-1832 Szymon Konarski(Simonas Konarskis). Pada tahun 1919, biara tersebut telah diberi kepada masyarakat Katholik St. Vincent de Paul. Sewaktu penjajahan tentera Soviet, biara ini telah ditutup. Pada tahun 1992, bangunan ini telah dikembalikan kepada uniates. Kini, Basilial Order of St. Josaphat mendiami bangunan biara, orang ramai di Gereja St. Trinity menghadiri upacara keagamaan dalam Bahasa Ukraine.
Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat:   54°40'30"N   25°17'14"E
This article was last modified 12 tahun yang lalu