Pasir Puteh

Malaysia / Terengganu / Jertih /
 district, draw only border, third-level administrative division
 Upload a photo

Pasir Puteh adalah daerah di negeri Kelantan Darulnaim, Malaysia. Daerah Pasir Puteh adalah seluas 424 KM Persegi. Pusat bandar dan pentadbiran daerah Pasir Puteh adalah Bandar Pasir Puteh yang terletak sejauh 35KM ke arah tenggara d Bandar Kota Bharu, Kelantan. Pasir Puteh adalah bandar transit untuk ke Terengganu dan Pahang serta selatan semenanjung Malaysia. Daerah Pasir Puteh kaya dengan hutan lipur, air terjun, bandar moden, perumahan terancang (anti banjir). Daerah Pasir Puteh diuruskan dengan cemerlang oleh Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP).

Bentuk Muka Bumi

Bentuk muka bumi Jajahan Pasir Puteh boleh dibahagikan kepada dua keadaan yang besar, iaitu keadaan tanah yang berbukit-bukit dan tanah rendah. Kawasan yang berbukit-bukit terletak bersempadan dangan Daerah Machang dan terdapat beberapa buah bukit seperti Bukit Mak Lipah, Bukit Jerus, Bukit Bayah, Bukit Belakang Parang dan Bukit Batu Kawi. Di antara antara bukit-bukit ini, Bukit Mak Lipah adalah merupakan bukit yang Paling tinggi iaitu 868 kaki yang letaknya berhampiran dengan sempadan daerah Bachok di sebelah Utara. Bagi kawasan-kawasan lain, ia adalah merupakan tanah rendah dan terdapat banyak anak-anak sungai yang merupakan cawangan daripada Sungai Semerak yang mana ia merupakan sungai utama di jajahan ini.

Keluasan

Jajahan Pasir Puteh mempunyai keluasan lebih kurang 167.2 batu persegi (433.8 kilometer persegi) atau bersamaan dengan 107,200 ekar (43,368.84 hektar) yang mana boleh dibahagikan kepada beberapa ketegori. Antaranya ialah tanah kerajaan, tanah padi, dusun, getah, hutan simpanan, simpanan ragut, simpanan awam, bukit-bukau dan lain-lain.

Daerah Dan Mukim

Di dalam jajahan Pasir Puteh, terdapat 8 daerah dan 73 buah mukim Penghulu. Di bawah menunjukkan senarai daerah-daerah serta jumlah mukim dan keluasannya.

DAERAH - JUMLAH MUKIM - KELUASAN

Limbongan - 8 - 6.3 batu persegi
Bukit Jawa - 14 - 26.1 batu persegi
Bukit Abal - 10 - 17.9 batu persegi
Jeram - 8 - 21.3 batu persegi
Padang Pak Amat - 7 - 21.0 batu persegi
Semerak - 14 - 46.1 batu persegi
Gong Datuk - 8 - 16.0 batu persegi
Bukit Awang - 6 - 12.2 batu persegi
Nearby cities:
Coordinates:   5°50'25"N   102°24'2"E

Comments

  • can't really see close up...
  • need a close up
  • need close up for bandar pasir puteh
  • Who can help me out? i need to where Kg Saring is? Whoever has a clue where it is please give me a buzz. Definitely, Pasir Puteh needs a close up view. It's too hard to see from this scale.
  • old road pasir puteh to machachang
  • jajahe kelahiran ambo la ni anok anok klate jugok tp dudok di kolo lupo lagu mano bereh blako ore pasir putieh tepi pata
  • ni anok kelahiram p.pute duk kijo kolo lupo
  • bakpo kg padang pak amat tak clear
  • line ambo la n,mulo koloh tok janggut
  • BENGONG ORE LIK ATAH
  • aku cari rumah aku tok napak
  • baso dio doh... sek2 darat mano boleh masuk wikimapia.
  • Show all comments
  •  310 km
  •  324 km
  •  485 km
  •  489 km
  •  501 km
  •  503 km
  •  586 km
  •  588 km
  •  735 km
  •  845 km
This article was last modified 11 years ago