Kg Gunung Reng, Jeli

Thailand / Narathiwat / Sungai Kolok /
 Muat naik gambar

Kampung Gunung Reng merupakan satu penempatan awal yang terletak di tepi Sungai Pergau yang mana Sungai ini bercantum dengan Sungai Kelantan di dalam Jajahan Kuala Krai. Perhubungan awal sebelum jalan raya diwujudkan adalah melalui jalan sungai untuk turun ke hilir iaitu ke bandar Kota Bharu pada masa tersebut.
Ia juga merupakan tempat persinggahan sementara bagi pemusafir yang ingin meneruskan perjalanan memudiki sungai ke Kg Belimbing yang juga salah satu penempatan awal di hulu Kelantan pada masa dahulu.

Pelancongan dan Tarikan.
Kg Gunung Reng ini terkenal dengan sebuah gunung yang bernama Gunung Reng, gunung ini ada mitos dan sejarahnya yang tersendiri. Gunung ini terpacak dikawasan tanah rata di kg ini.

Selain itu kg ini juga menjadi tarikan kerana ia terletak di tengah-tengah antara sembilan buah kampung iaitu Sg Mekong, Kuala Long, Sungai Long, Lata Janggut, Kalai, Batu Melintang, Batu Melintang Luar, Belimbing dan Lawar selain adanya pasar minggu (nat) dan masjidnya yang aktif dan hidup sepanjang minggu
Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat:   5°43'0"N   101°44'38"E
This article was last modified 14 tahun yang lalu