Stadium Nasional Bukit Jalil (Kuala Lumpur)

Malaysia / Selangor / Balakong / Kuala Lumpur / Bukit Jalil, National Stadium Bukit Jalil
 stadium, stadium bolasepak

Stadium Nasional Bukit Jalil yang terletak di Bukit Jalil, Kompleks Sukan Negara. Lokasinya ialah di sebelah selatan ibunegara Malaysia, Kuala Lumpur. Stadium Nasional Bukit Jalil boleh memuatkan seramai 100,200, sebagai kapasiti maksimanya. dan ianya berfungsi sebagai stadium pelbagai guna yang telah siap dibina pada tahun 1998 sewaktu negara kita, menjadi tuan rumah kepada Sukan Komanwel. Stadium Nasional Bukit Jalil, adalah dianggap sebagai stadium terbaik yang terdapat di dalam negara kita, Malaysia. Dan sudah kerapkali, stadium ini dijadikan stadium tuan rumah untuk pasukan bolasepak negara kita.Stadium ini mengalami masalah kesesuaian rumput yakni apakah jenis rumput asli yang paling sesuai untuk ditanam di sini, dan ianya boleh bertahan. Kerana mengikut kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Khairy Jamaluddin, pihak berkuasa telah mencuba berbagai-bagai jenis rumput, untuk ditanam di padang Stadium ini.
Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat:   3°3'16"N   101°41'28"E

Komen

  • Walaupun saya pernah sampai di perkarangan Stadium ini, namun belum pernah memasuki ke dalam stadium. Malam ini pada jam 08.30 malam, perlawanan akhir piala FA akan dilangsungkan di sini, di antara pasukan Kelantan, yang dikenali sebagai Red Warriors, menentang pasukan LionsXii, sebuah pasukan bertaraf kelab dari negara seberang Tambak Johor, Singapura.
  • Malam ini, yang diungkapkan pada ruangan komen di atas tersebut bermaksud pada 23 haribulan Mei Tahun Masihi 2015(hari sabtu malam Ahad)
  • Malam tadi, pada perlawanan akhir bolasepak negara Malaysia, iaitu piala FA, pasukan berstatus kelab telah berjaya menempa sejarah untuk yang sekian kalinya menggondol juara mengalah pasukan negeri Kelantan dengan 3 jaringan berbalas 1.
This article was last modified 10 tahun yang lalu