Stadium Shah Alam (Shah Alam)

Malaysia / Selangor / Shah Alam
 stadium bolasepak, football premier league (en), football second league (en)

Stadium Shah Alam merupakan sebuah stadium serbaguna yang terletak di Shah Alam, Selangor. Ia merupakan sebahagian daripada Kompleks Sukan Shah Alam yang turut merangkumi Stadium Melawati (stadium tertutup). Kegunaan utamanya ialah untuk perlawanan bola sepak tetapi ia juga mempunyai kelengkapan untuk olahraga. Stadium ini merupakan tuan rumah bagi Selangor FA, dan mempunyai kapasiti penonton sebanyak 69,372. Sekiranya perlu, terdapat ruang untuk 11,000 orang lagi untuk berdiri menjadikan kapasitinya 80,000[1]. Pembinaan telah bermula pada tahun 1991, dan stadium ini telah dibuka secara rasmi pada Julai 1994, apabila pilihan Dundee United bertemu dengan pilihan Selangor FA dalam Kejohanan Bola Sepak Jemputan Antarabangsa Mitsubishi.
Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat:   3°4'55"N   101°32'42"E

Komen

  • Sila kemaskinikan, detail kerja menaik taraf atau penyelenggaraan dan membaik pulih stadium ini. Jenis rumput yang ditanam, bagaimana rekabentuk sistem padang yang digunakan, ukuran padang dan trek. Lampu limpah yang dipasang serta kadar pencahayaan. Taraf bintang yang diberikan oleh FIFA dan sebagainya. Sila rujuk laman web lain lain stadium di dunia seperti di Emirates stadium (arsenal), Liverpool, Mu dan lain lain lagi yang memberikan input dan maklumat terperinci berkenaan stadium. Fakta ini penting untuk diketahui oleh peminat peminat. Kerana info seperti ini adalah lumrah untuk diketahui oleh peminat,
This article was last modified 14 tahun yang lalu