Masjid Jamek Sungai Rambai

Malaysia / Pulau Pinang / Bukit Mertajam /

Masjid Jamek Sungai Rambai (MJSR) terletak di kawasan Sungai Rambai di daerah Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Masjid ini dibina pada tahun 1966 dan dirasmikan pada hari Jumaat 8hb Julai 1966 bersamaan 19 RabiulAwal 1386 oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang (Raja Tun Uda Al-Haj bin Raja Muhammad S.M.N) . Masjid ini merupakan masjid lama yang dibina mewakili kawasan kariah yang luas dan merupakan masjid utama untuk kawasan berhampiran pekan bukit mertajam satu ketika dulu. Masjid ini kini boleh menampung seramai 200 orang jemaah.

Terletak di jalan utama menuju ke Pekan Bukit Mertajam, masjid ini terletak bersebelahan bangunan AIA dan sebuah stesen minyak. Lokasinya juga berhampiran dengan lokasi-lokasi penting dan tumpuan lain seperti Pejabat Daerah dan Tanah Bukit Mertajam, Mahkamah Seksyen Bukit Mertajam, Stadium Mini MPSP, dan juga pekan Bukit Mertajam sendiri.
Seluruh kawasan masjid ini dikelilingi sebahagian besarnya dengan tembok konkrit dan sebahagian lagi oleh pagar berhias. Terdapat satu pintu masuk utama dan satu pintu di bahagian belakang. Kemudahan untuk tetamu masjid disediakan seperti kerusi rehat dikelilingi pohon-pohon hiasan yang dijaga rapi. Kebersihan merupakan aspek yang dititikberatkan dalam pengurusan masjid dan ianya dijaga sebaik mungkin demi keselesaan pengunjung.

Updated (05/09/2015)
Nearby cities:
Coordinates:   5°21'50"N   100°27'11"E
This article was last modified 10 years ago