Kampung Tenang

Malaysia / Johor / Labis /
 Upload a photo

Kampung Tenang telah dibuka oleh Mohamad Ariffin Bin Allauddin atau juga dikenali sebagai Tok Tenang, pada awal abad ke-19 iaitu dalam tahun 1806 Masihi bersamaan 22 Ramadhan 1221 Hijrah. Dari saat itu Kampung Tenang mula membangun mengikut peredaran masa.

Tenang telah ditadbirkan mengikut susunannya sendiri dimana Mohd Ariffin sebagai Ketua Pentadbir dan Ketua Agama. Keadaan ini berubah semasa pentadbiran anak Mohd. Ariffin iaitu Hj. Abu Bakar bin Mohd. Ariffin setelah setelah Perang Jementah berlaku pada tahun beliau berumur 117 tahun. Semasa pentadbiran Hj. Abu Bakar bin Mohd. Ariffin. Ketua Pentadbiran dipegang oleh beliau sendiri sementara Ketua Agama dipegang oleh abangnya iaitu Abu Hassan bin Mohd Ariffin.

Semasa Perang Jementah berlaku, Tenang menyebelahi Johor, menentang Segamat, Jementah dan Kesang. Setelah Segamat dan Jementah jatuh ke tangan Johor, Hj. Abu Bakar Bin Mohd. Ariffin telah dilantik oleh Maharaja Abu Bakar sebagai Penghulu Mukim Tenang/Juasseh. Hj. Abu Bakar tidak bersetuju dengan sikap Maharaja Abu Bakar dan telah melepaskan jawatannya sebagai penghulu Tenang/Juasseh kepada anak saudaranya iaitu Yaakob bin Abu Hassan. Semasa Dato Seri Amar Diraja Johor menjadi Menteri Besar Johor pemetaan Negeri Daerah dan Mukim dibuat semula. Mulai dari saat itu Mukim Tenang/Juasseh dikenali sebagai Mukim Labis.
Nearby cities:
Coordinates:   2°28'27"N   103°3'11"E

Comments

  • Assalamualaikum WBT. Saya difahamkan saya adalah salah seorang cicit dari keturunan Tok Tenang. Arwah datuk pernah menceritakan tentang moyang saya iaitu Tok Tenang. Arwah dulu menetap di Tanjung Gading, Muar. Saya memang mencari asal usul diri saya. Boleh saya tahu siapa yang menulis artikel ini dan dari mana sumbernya didapati?
This article was last modified 17 years ago