Tanah Runtuh pd 6 Disember 2008 (2 hari sebelum hari Raya Korban)

Malaysia / Selangor / Ampang Jaya /
 landslide (en), disaster site (en)

Projek terbengkalai inilah yang dikenalpasti sebagai punca Tragedi Tanah Runtuh yang mengorbankan 4 orang mangsa mewakili 4 bangsa iaitu Melayu, Cina, India dan Indonesia di Bukit Antarabangsa pada 6 hb Disember 2008.
Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat:   3°11'14"N   101°46'14"E

Komen

  • Penemuan peti besi lenyapkan tohmahan (19 Dis. 2008) Oleh Nik Sukry Ramli niksukry@bharian.com.my PETI besi didakwa hilang ditemui di rumah mangsa tanah runtuh, Taman Bukit Mewah, semalam. Pemilik dakwa hilang akibat kecuaian pihak berkuasa KUALA LUMPUR: Dua peti besi yang dilaporkan hilang oleh keluarga mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa 6 Disember lalu ditemui semula. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, berkata kedua-dua peti besi itu ditemui jam 12 tengah hari semalam dengan bantuan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart). Sebelum ini, keluarga mendiang Eng Yee Peng, 30, mendakwa pihak berkuasa tidak bertanggungjawab menyebabkan kehilangan peti besi yang dikatakan mengandungi barangan berharga. "Kita hanya mengeluarkan satu daripada peti besi itu. Satu lagi tersekat dan kita usahakan untuk mengeluarkannya. Kedua-dua peti besi itu ditemui dalam timbunan runtuhan rumah nombor 16. "Saya percaya dengan penemuan peti besi itu, tohmahan terhadap pihak berkuasa lenyap. Walaupun dilemparkan pelbagai dakwaan kita tetap menjalankan tugas dengan penuh komitmen," katanya semalam. Beliau berkata, keluarga Eng turut berada di kawasan runtuhan ketika peti besi itu dijumpai. Abdul Jalil berkata, setakat ini hanya lima pemilik rumah yang mendaftar dengan pihak berkuasa untuk mencari barangan mereka di kawasan runtuhan. Sementara itu, beliau berkata, sehingga kini kira-kira 35 meter kawasan runtuhan dibersihkan untuk membolehkan Jabatan Kerja Raya (JKR) membuka semula Jalan Bukit Antarabangsa. "Kerja pemulihan berjalan lancar dan cuaca sejak Isnin amat baik. "Esok JKR akan mengumumkan sama ada lima kawasan yang dikatakan bahaya sebelum ini boleh dihuni semula. "Pusat Media yang dibuka Jabatan Penerangan ditutup esok (hari ini) jika JKR umumkan lima kawasan itu selamat. Sehingga kini tidak ada lagi pemilik rumah yang mencari barangan di tapak tanah sementara di Riverdale," katanya. Beliau berkata, polis terus mengawal lima kawasan penempatan itu walaupun jika diisytiharkan selamat.
  • Itulah natijahnya pandangan serong terhadap penjawat awam khususnya pasukan keselamatan negara. Kebanyakan pandangan serong dan sindiran tajam datang dari golongan kelas menengah non-bumi dan golongan bumi kelas menengah yang kononnya berstatus golongan kaya. Sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia berasa bangga kerana Pasukan Keselamatan kita antara yang terbaik di dunia. Pasukan Keselamatan negara-negara lain seperti Taiwan, China, Thailand, Korea dan beberapa negara maju lain jauh lebih teruk berbanding Pasukan Keselamtan Kita.
  • Kalau kita renungkan kembali sejarah Pasukan Keselamtan Negara sejak pasca kemerdekaan, sudah berpuluh ribu yang bergadai nyawa demi mempertahankan maruah dan keamanan negara. Yang menjadi persoalan dan sangat menyedihkan ada sesetengah pihak khususnya Pihak Pembangkang cuba meremehkan pasukan Keselamatan Negara dan pengorbanan mereka dengan mengiktiraf PENGGANAS KOMUNIS sebagai wira negara. Bangsatnya mereka2 ini. Menitis air mata ahli keluarga dan waris2 pahlawan2 negara yang gugur di medan perang demi kedaulatan negara. Tragedi Bukit Kepong masih terngiang2 di ingatan.....Ya Allah semoga kau mencucuri rahmat kepada roh2 mereka2 yang telah pergi mengadap Mu demi mempertahankan tanah air tercinta ini....amin yarabbal alamin.
This article was last modified 12 tahun yang lalu