Universiti Teknologi MARA Perlis Campus
Malaysia /
Perlis /
Kangar /
World
/ Malaysia
/ Perlis
/ Kangar
World / Malaysia / Perlis
university
Add category
SELAMAT DATANG KE UiTM PERLIS
Sejarah Kampus
UiTM Perlis merupakan kampus cawangan UiTM yang terbesar dan antara yang tertua. Ia terletak di Bandar DiRaja Arau, 13 kilometer dari kangar, ibu negeri Perlis. Ia juga adalah kampus UiTM pertama yang menyertai gagasan IMT-GT (Indonesia, Malaysia, Thailand-Pembangunan Segitiga).
ITM cawangan Perlis telah dirasmikan pada 5 Julai 1974 dengan pengambilan pertama seramai 258 orang pelajar. Kursus awal yang ditawarkan ialah 1 program persediaan dan 5 program diploma, iaitu Diploma Perakaunan, Diploma Pentadbiran Awam, Diploma Sains Kesetiausahaan, Diploma Pengurusan dan Perindustrian Ladang dan Diploma Pengurusan Perniagaan. Bilangan tenaga pengajar pada ketika itu ialah 15 orang dibantu oleh 31 orang kakitangan pentadbiran dan staf sokongan. Pada masa itu, kampus ITM Cawangan Perlis menumpang di sebuah Rumah Pengakap yang diubahsuai di Jalan Padang Katong, Kangar sebagai kampus sementara. Asrama-asrama pelajar pula merupakan rumah-rumah perseorangan yang disewa di sekitar Kangar oleh pengurusan ITM. Sementara itu, perancangan untuk pembinaan sebuah kampus tetap telah dimulakan.
Hasilnya, upacara perletakan batu asas di kampus tetap di Arau telah dilakukan pada 27 Julai 1978 oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis, Al- Marhum Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamlullail. Pada tahun 1980, ITM Cawangan Perlis telah berpindah secara rasmi ke kampus tetap di Arau di atas sebidang tanah seluas 335 ekar yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Perlis.
Bermula daripada tahun 1999, kampus ini dikenali sebagai UiTM Perlis. Keluasan tanah UiTM Perlis pula telah meningkat kepada 464 ekar pada tahun 2002, hasil kurniaan DYMM Raja Perlis dan pihak Kerajaan Negeri Perlis. Daripada jumlah keluasan ini, 240 ekar diperuntukkan untuk Unit Ladang yang bertujuan untuk menyediakan kemudahan latihan praktik dan penyelidikan. Selain daripada tujuan penyelidikan dan latihan praktik, Unit Ladang juga diilhamkan sebagai destinasi tarikan pelancong. Pelbagai Jenis tanaman diusahakan disini seperti getah, ciku, pisang, mempelam, dan sayur-sayuran di samping ternakan rusa, burung unta, lembu dan ayam serama.
Sebagai kampus cawangan yang terbesar, UiTM Perlis mempunyai bilangan pelajar yang ramai. Bilangan pelajar sepenuh masa pada 1 Febuari 2004 ialah 5,300 orang termasuk 3 pelajar cacat penglihatan. Bilangan kakitangan akademik ialah 303 orang manakala kakitangan bukan akademik berjumlah 324 orang. Berbagai kemudahan infrastruktur dan rekreasi disediakan untuk menjamin keselesaan warga kampus. Kemudahan tersebut termasuklah 5 kolej kediaman siswa, 9 kolej kediaman siswi, 4 blok dewan makan, sebuah perpustakaan, 90 bilik kuliah, 5 dewan syarahan, 11 makmal sains, 10 makmal komputer, 2 makmal bahasa, 7 bengkel kejuruteraan, sebuah dewan besar, 7 bengkel kejuruteraan, sebuah cafeteria, sebuah kompleks medan selera, dan 2 buah mesin ATM. Beberapa kemudahan seperti asrama, dewan besar dan gymnasium disewa kepada orang ramai.
Sehingga tahun 2008 jumlah bilangan kakitangan di UiTM Perlis adalah seramai 715 orang manakala bilangan pelajar adalah 7218 pelajar.
Objektif
Mencapai 35% daripada bilangan pelajar semester akhir penuh masa tamat pengajian dengan CGPA melebihi 3.00.
Meningkatkan peratusan tenaga pengajar dengan kelayakan PhD / professional sebanyak 5% pada 2008.
Mencapai nisbah 1:22 bagi pensyarah:pelajar penuh masa pada tahun 2007.
Memastikan sekurang-kurangnya 2 penyelidikan yang berdaftar mendapat pengiktirafan badan luar setiap tahun.
Mencapai nisbah 1:5 bagi penulisan/penerbitan ilmiah:pensyarah setiap tahun.
Visi dan Misi
FALSAFAH UiTM
Kepercayaan bahawa: Individu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai- nilai murni bagi melahirkan graduan profesional yang berperanan membangunkan diri, ilmu, masyarakat dan negara.
VISI UiTM
Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.
MISI UiTM
Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.
by pak_tam WAL24

Nearby cities:
Coordinates: 6°26'59"N 100°16'48"E
- Universiti Malaysia Perlis Alam Campus 7.5 km
- Universiti Utara Malaysia (UUM) 23 km
- Prince of Songkla University 67 km
- Universiti Sains Malaysia (USM) 121 km
- Universiti Sains Malaysia Engineering Campus 146 km
- Si Wichai Rajamangala University of Technology Trang 162 km
- Universiti Teknologi Petronas (UTP) 241 km
- Walailak University 249 km
- Universiti Teknologi MARA Tapah Campus 272 km
- King Mongkut's Institute of Technology Ladkrabang Chumphon Campus 489 km
- STAR kompleks (asal ladang getah) 0.3 km
- Sekolah Menengah Teknik Arau 0.7 km
- Kampung Hutan Lembah 2.5 km
- RPA Mata Air 2 3.1 km
- Kampung Hutan Termin 3.3 km
- Sekolah Menengah Syed Sirajuddin, Jejawi 4.5 km
- 4th Battalion Royal Ranger Regiment 4.8 km
- Oran Army Camp 4.9 km
- Oran Camp RC Flying Site 5.1 km
- Kedah 83 km
Comments