Menara Willis (Chicago)

USA / Illinois / Chicago / South Wacker Drive
 pejabat, landmark (en), sculpture (en), skyscraper (en), 1973_construction (en), International style architecture (en)

Menara Sears adalah pencakar langit yang sangat tinggi, yang terletak di Bandaraya Chicago, Illinois dan merupakan bangunan tertinggi di negara Amerika Syarikat. Bangunan pencakar langit ini telah disuruhanjayakan menyiapkannya oleh Syarikat Sears, Roebuck and Company, dan telah direka oleh Ketua Arkitek Bruce Graham dan Jurutera Struktur Fazlur Khan dari Syarikat Skidmore, Owings,& Merrill. Pembinaannya telah dimulakan pada bulan Ogos Tahun 1970 dan [sewaktu proses pembinaannya]bangunan ini telah mencapai ketinggian maksima pada 3 haribulan Mei Tahun 1973. Setelah siap, Menara Sears telah menggantikan menara berkembar Pusat Dagangan Dunia di Bandaraya New York sebagai bangunan tertinggi dalam dunia. Menara ini adalah setinggi 108 tingkat,(namun pemilik kepada menara ini mendakwa ketinggiannya ialah 110 tingkat, kerana pemilik menara ini turut mengambilkira juga bumbung utama dan bumbung lif untuk penthouse sebagai tambahan dua tingkat lagi). Jarak ketinggian [Menara Sears]daripada pintu masuk timur hingga ke bumbung atas ialah 1,450 kaki, 7 inci(442 meter). Antena di sebelah barat selepas itu, ditambah ketinggian menjadi kepada 1,729 kaki(527 meter)pada 5 haribulan Jun tahun 2000 demi untuk meningkatkan penerimaan[gelombang radio]untuk stesen NBC WMAQ-TV tempatan. Dengan itu, ketinggian menara ini telah menjadi lebih tinggi daripada ketinggian antena bekas Pusat Dagangan Dunia1 di bandaraya New York. Menara Sears mempunyai jumlah keluasan lantai tertinggi, jika dibandingkan di antara bangunan-bangunan komersial seluruh negara Amerika Syarikat, namun begitu jika bangunan kerajaan/awam turut diambil kira, ianya jatuh di tempat kedua selepas [bangunan]Pentagon yang terletak di kaunti Arlington, Virginia. Jalur-jalur/Gelang-gelang hitam setinggi bangunan satu tingkat muncul di atas menara di sekitar tingkat 30 ke tingkat 32, tingkat 64-65, tingkat 88-89 dan tingkat 106-107. Jalur-jalur/Gelang-gelang ini dapat membantu pengaliran udara untuk kelengkapan khidmat dan menggelapkan pengikat pepenjuru "X" menara tersebut, yang mana Syarikat Sears Roebuck mahu agar [tanda "X"]tersebut tidak dapat dilihat. Alamat rasmi bangunan menara ini ialah 233 South Wacker Drive, Chicago, Illinois60606. United States of America.
Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat:   41°52'43"N   87°38'9"W