Padang Appalachian Power (Чарлстон)

USA / West Virginia / Charleston / Чарлстон
 MiLB - Minor League Baseball (en), 2005_construction (en), baseball park / stadium (en)
 Muat naik gambar

Padang Appalachian Power sekarang, adalah padang tuan rumah Power Virginia Barat, pasukan besbol liga kecil dalam Liga Atlantik Selatan dan gabungan Kelas A Milwaukee Brewers, yang juga merupakan satu daripada dua buah padang tuan rumah untuk program besbol kedua-dua Universiti Marshall dan Universiti Charleston. Stadium ini yang telah dibuka pada bulan April tahun 2005, terletak di hujung Timur Charleston, Virginia Barat, di luar bandaraya. Stadium ini boleh menampung seramai 4,500 penonton. Padang ini juga menjadi tempat berlangsungnya Kejohanan besbol Sekolah Tinggi negeri Virginia Barat. Di padang ini juga berlangsung Sukan Persidangan Marshall, kerana universiti berkenaan tidak mempunyai kemudahan besbol yang lengkap di dalam kampusnya, yang terletak sejauh 50 batu. Untuk sukan bukan persidangan ianya diadakan di dalam kampus. Stadium ini juga turut mengaadakan konsert dan disamping itu menyiarkan liputan televisyen sukan bolasepak kolej pada papan skor. Appalachian Power adalah unit operasi America Electric Power Virginia Barat dan barat Virginia, yang membayar untuk hak-hak penamaan. Satu ciri unik padang ini ialah jalan keluar elektrik yang terletak di "backstop" di belakang "home plate". Ciri unik ini dipasang kerana untuk memenuhi(permintaan) ahli perniagaan tempatan Rod Blackstone, yang digelar 'Toast Man'/'Lelaki Roti Bakar', yang mana beliau telah menjadi salah seorang peminat terkenal di dalam liga kecil besbol. Blackstone membawa berbagai tanda untuk mendesak pasukan itu, dan selalu memimpin penonton untuk bersorak secara(kekeluargaan-peramah). Dia paling terkenal dengan lagaknya membawa roti dan pembakar roti untuk menonton perlawanan, yang mana ini telah diamalkannya bertahun-tahun sejak sebelum Power. Apabila "pitcher" dari pasukan Power berjaya menendang keluar "strikes out" pemukul bola, beliau akan menjerit "You're toast"! T-O-A-S-T" dan kemudian dia akan mencampakkan kepingan roti bakar yang masih panas kepada penonton di sekelilingnya.
Koordinat-koordinat:   38°20'56"N   81°37'30"W
This article was last modified 17 tahun yang lalu