Mbuji-Mayi
Congo (Dem. Rep.) /
Kasai-Oriental /
Mbuji-Mayi /
World
/ Congo (Dem. Rep.)
/ Kasai-Oriental
/ Mbuji-Mayi
/ Republik Demokratik Congo / Kasai-Oriental /
bandar, capital city of state/province/region (en)

Mbuji-Mayi (yang dahulunya dikenali dengan nama Bakwanga) adalah merupakan ibu negeri wilayahKasai-Oriental yang terletak di bahagian tengah-selatan negara Congo . Mbuji-Mayi adalah bandaraya yang ketiga terbesar di dalam negara Congo , selepas ibu negara Congo, Kinshasa, yang merupakan bandar raya yang paling besar dalam negara Congo . Manakala adalah juga selepas bandar raya yang kedua terbesar iaitu, Lubumbashi . Tetapi bandar raya Mbuji-Mayi adalah lebih besar daripada bandar raya-bandar raya Kisangani dan Kananga .Bandar raya Mbuji-Mayi adalah bandar raya yang ketiga terbesar di negara Congo, walaupun jumlah penduduk sebenar tidak diketahui . Terdapat dua anggaran jumlah penduduk bandar raya Mbuji-Mayi . Pertama mengikut " Factbook CIA tahun 2010 ", ianya adalah seramai 1,480,000 . Dan anggaran keramaian penduduk Mbuji-Mayi akan menjadi lebih ramai lagi andai mengikut statistik yang dikeluarkan oleh PBB(Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu). PBB menganggarkan penduduk Mbuji-Mayi, pada tahun 2008, adalah seramai 3,500,000 . Lokasi Mbuji-Mayi adalah di desa Luba di atas tebing Sungai Sankuru . Perkataan Mbuji-Mayi adalah daripada bahasa tempatan, Tshiluba dan diterjemahkan sebagai 'Air-Kambing" . Air kambing adalah berdasarkan jumlah kambing-kambing yang banyak di kawasan tersebut . Dan lokasi bandar raya Mbuji-Mayi yang terletak di atas tebing sungai Sankuru, menjadikannya tempat pengairan terbaik .Sungguhpun jumlah penduduknya ramai, tetapi bandar raya Mbuji-Mayi, masih lagi terpencil. Kerana perhubungannya yang tidak maju dengan wilayah-wilayah yang berada di sekelilingnya . Dan juga dengan bandar raya -bandar raya seperti Kinshasa dan Lubumbashi . Perhubungan udara boleh didapati melalui Lapangan Terbang Mbuji Mayi .
Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat: 6°7'0"S 23°35'21"E
Array