Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (Batu Berendam)

Malaysia / Melaka / Batu Berendam
 lapangan terbang  Tambah kategori
 Muat naik gambar

Lapangan Terbang Batu Berendam Melaka merupakan satu lapangan terbang kecil yang kini hanya boleh diguna oleh pesawat jenis turboprop. Lapangan terbang ini terletak di Batu Berendam iaitu kira-kira 8 km dari pusat bandaraya di Melaka.

Lapangan terbang ini kini telah berusia lebih 51 tahun. Ciri-ciri sejarahnya tercipta dengan keberangkatan pulang Tuanku Abdul Rahman dari London yang membawa pulang perkhabaran baik untuk Malaysia iaitu tarikh kemerdekaan Malaysia yang pertama iaitu 31 Ogos 1957.

Dengan kepesatan Melaka khasnya dan Malaysia amnya, kini lapangan terbang bersejarah ini sedang melalui pengubahsuaian menyeluruh. Projek pengubahsuaian bermula paada 16 April 2007. Kerja-kerja menaiktaraf lapangan terbang ini telah diperlakukan dan dijangka siap pada tahun 2009. Setelah siap sepenuhnya nanti lapangan terbang ini akan menerima pendaratan pesawat jenis Boeing 737 dan Airbus 320.

Projek pengubahsuaian sedang rancak dijalankan oleh kontraktor bumiputera yang menerajui sebagai kontraktor utama iaitu syarikat UNI-Integrated Sdn Bhd, Melaka. Projek ini diawasi oleh syarikat KLIACs iaitu anak syarikat KLIA. Lapangan terbang ini akan dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka. Lapangan Terbang Batu Berendam dalam proses hampir siap naiktarafnya. Jika siap kelak penerbangan terus dari Melaka ke Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu. Selain itu projek landasan berkembar elektrik dari Tampin ke Melaka yang dicadangkan turut melalui lapangan terbang ini.

Majlis minihandover lapangan terbang ini dijangka dilakukan pada pertengahan Mei 2009. Iaitu diantara syarikat UNI-Integrated kepada KLIACs, dan KLIACs pula kepada MAB. Selepas ini lapangan terbang Batu Berendam akan dikenali sebagai 'LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA MELAKA' (Melaka International Airport-MIA).

Dalam pada itu, projek Pemanjangan Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Fasa II telah dilakukan. Jarak pemanjangan ini bermula dari 1800 meter sedia ada sekarang hingga ke 2315 meter.
Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat:   2°15'53"N   102°15'6"E
This article was last modified 10 tahun yang lalu