Castel Sant' Angelo (Makam Di Raja Hadrian) (Rom)

Vatican City / Rom / Lungotevere Castello
 Istana Lama, mausoleum (en), muzium, monumen, benteng, structure (en), lokasi menarik, 2nd century construction (en)

Artikel ini diambil daripada laman Web Wikipedia. Makam Di Raja Hadrian biasanya disebut Castel Sant' Angelo, adalah sebuah bangunan tinggi seperti menara yang bulat terletak di Rome, Itali. Pada mula ianya dibuat oleh Maharaja Rom bernama Hadrian untuk dijadikan Makam Di Raja untuk diri dan familinya. Bangunan ini kemudian telah digunakan sebagai kubu dan istana kota yang akhirnya dijadikan sebuah muzium. Kubur Maharaja Hadrian telah digali di atas tebing sungai Tiber sebelah kanan, pada Tahun Masihi 135 dan 139. Pada peringkat awal mausoleum ini adalah bulatan yang dihiasi indah dengan taman bunga di bahagian atasnya dan quadriga emas. Abu mayat Maharaja Hadrian telah ditempatkan di sini setahun selepas kematiannya di baiae pada Tahun Masihi 138, bersama-sama dengan abu mayat permaisurinya Sabina dan anak angkat pertamanya Lucius Aelius yang juga telah meninggal dunia pada tahun Masihi 138. Berikutan itu, abu-abu mayat Maharaja Rom selepas itu juga ditempatkan di sini, di mana mengikut catatan, abu mayat Maharaja yang terakhir ditempatkan di sini ialah Maharaja Caracalla dalam Tahun Masihi 217. Bekas abu mayat Maharaja-maharaja tersebut telah di simpan dengan cermat di sebuah bilik jauh ke dalam bangunan yang dipanggil bilik Perbendaharaan. Maharaja Hadrian juga telah membina Pons Aelius yang menghadap terus ke arah Masoleum - ianya masih memberi pemandangan yang indah jika dilihat dari pusat Rom dan tebing kanan sungai Tiber. Mausoleum ini terkenal dengan tambahan rekabentuk Baroque yang terdapat patung Malaikat[mengikut pandangan Agama Nasrani]sedang memegang dengan bangga unsur-unsur "Passion of Christ".
Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat:   41°54'11"N   12°27'58"E
  •  12 km
  •  200 km
  •  222 km
Array