Nunuk Ragang
Malaysia /
Sabah /
Ranau /
World
/ Malaysia
/ Sabah
/ Ranau
/ Malaysia / Sabah
kampung, kawasan (12)
LAGENDA NUNUK RAGANG: Persfektif Masyarakat
Oleh: Rashnizahwati Abdul Rashad
Nunuk Ragang merupakan satu kaitan yang rapat dalam membuka lembaran sejarah yang dikaitkan dengan masyarakat KadazanDusun. Melalui beberapa kajian yang dilakukan oleh beberapa pengkaji budaya, telah berjaya membongkar asal usul masyarakat KadazanDusun. Masyarakat KadazanDusun mempercayai bahawa nenek moyang mereka berasal dari satu tempat yang bernama Nunuk Ragang yang bermakna “Pohon Ara berwarna merah”. Tempat tersebut terletak di satu kawasan hulu Labuk yang pada masa sekarang terletak di Daerah Ranau.
Nunuk Ragang dikatakan mempunyai dua buah sungai iaitu Sungai Liwagu dan Sungai Gelibang. Sungai-sungai ini mengalir ke arah timur Ranau dan juga Tambunan. Sungai-sungai ini memainkan peranan penting sebagai laluan utama perpindahan beramai-ramai masyarakat KadazanDusun ke seluruh pelosok tempat di Negeri Sabah.
Menurut sumber cerita lisan yang diperolehi daripada masyarakat KadazanDusun itu sendiri, pokok atau pohon Ara tersebut adalah sebesar enam depa lingkungan tangan yang memeluknya, daun-daun yang merimbun pula dapat melindungi di bawahnya sebanyak tujuh buah pondok kecil masyarakat KadazanDusun dahulu kala yang bersaiz 240 kaki persegi.
Pada mulanya, nenek moyang mereka hidup bebas dan menikmati limpahan rezeki yang ada di sekeliling mereka. Tetapi lama-kelamaan apabila penduduk di tempat itu semakin ramai dan bertambah sesak serta pencarian makanan pun bertambah sukar, ketua mereka telah memerintahkan pahlawan-pahlawannya pergi mengembara dan mencari kawasan-kawasan penempatan baru yang lebih sesuai dan mempunyai sumber makanan yang lebih banyak.
Ekoran daripada pengembaraan yang dilakukan oleh pahlawan-pahlawan inilah, mereka akhirnya telah menemui pelbagai tempat dan terus menceritakan tentang penemuan yang telah mereka perolehi. Maka, berlakulah penghijrahan secara beramai-ramai dan dalam beberapa kumpulan yang diketuai oleh pahlawan-pahlawan tadi dan sekaligus menjadi penyebab terjadinya pemisahan dan penyelerakan orang-orang KadazanDusun seperti mana yang ada pada masa sekarang.
Sebenarnya, jika dilihat daripada konteks masyarakat, Nunuk Ragang ini adalah satu tanda kemunculan kaum KadazanDusun yang ada di Sabah ini dan secara tidak langsung menjadikan budaya ini begitu unik sekali. Ini hanya disebabkan oleh sebatang pohon ara yang besar yang dijadikan sebagai tempat berlindung dan akhirnya telah berkembang dan terciptanya sebuah kaum yang besar dan kaya dengan pelbagai seni kebudayaan yang tersendiri iaitu kaum KadazanDusun. Seharusnya sejarah kemunculan awal kaum KadazanDusun ini dipelihara rapi dan perlu diturunkan dari satu generasi kepada generasi yang lain.
Perspektif masyarakat kini terhadap lagenda Nunuk Ragang adalah pelbagai. Menurut Pengarah Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Negeri Sabah, Encik Chua Tek Luwi, masyarakat mempunyai perbezaan pendapat mengenai proses pengembangan kaum KadazanDusun ini. Selain itu, tanpa disedari ekoran daripada perkembangan ini secara tidak langsung menyumbang kepada perpecahan kepada kaum KadazanDusun. Namun, perpecahan ini bukanlah menjurus kepada perpecahan yang negatif tetapi ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada kewujudan kepelbagaian cara hidup dan juga bentuk etnik yang berlainan dalam kaum KadazanDusun itu sendiri.
Bagi perspektif golongan muda pula, mereka ini kurang didedahkan dengan cerita-cerita Nunuk Ragang mahupun cerita lagenda yang lain. Golongan muda kini tidak begitu mengenali ataupun mengetahui lagenda yang ada di Sabah. Hal ini berlaku disebabkan pendedahan yang amat terhad oleh golongan tertentu selain daripada kurangnya minat dari golongan muda itu sendiri. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk memperkenalkan cerita dan juga lagenda Nunuk Ragang ini kepada mereka. Jika diamati keseluruhan cerita Nunuk ragang ini, secara simboliknya ia menyampaikan mesej yang positif dari segi pembentukan perpaduan di kalangan masyarakat KadazanDusun.
Oleh itu, sebagai ahli masyarakat Sabah, sudah menjadi satu kewajipan untuk menjaga dan meneruskan pewarisan budaya yang ada agar ia tetap kekal dalam nilai estetika kebudayaan masing-masing. Lihat saja kepada cerita Nunuk Ragang ini, ia mempunyai nilai perumpamaan yang perlu ditetliti kembali sekiranya kita inginkan perpaduan itu kekal dalam masyarakat kita.
www.pensabah.gov.my/SETIA/artikel/lagenda_nunuk_ragang....

Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat: 5°42'50"N 116°51'18"E
- Lapang Sasar Kota Belud 83 km
- Kampung Tempasuk 89 km
- Tandek 92 km
- Padang Ragut 95 km
- Kimanis 109 km
- Bigor 119 km
- Batu Punggul 123 km
- casa san uno 136 km
- Pantai Meragang 216 km
- Batu Bersurat 233 km
- Klinik Kesihatan Paginatan 7.2 km
- Sekolah Kebangsaan(SK) Paginatan 7.3 km
- KEMAS Paginatan 7.3 km
- Sekolah Kebangsaan Matupang 11 km
- Kampung Sagindai Baru 15 km
- Daerah Ranau 21 km
- Bongohon I 27 km
- Padang Serbaguna 28 km
- Telupid 34 km
- Taman Kinabalu 51 km