Tr. Ngali,Nanga Selidap

Malaysia / Sarawak / Sarikel /
 Muat naik gambar

Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat:   2°10'22"N   111°35'31"E

Komen

  • Rumah Ngali terletak di persimpangan dua sungai iaitu Batang Rajang dan Sungai Selidap (Coordinates: 2°10'22"N 111°35'31"E). Ia terletak di hilir pasar Bintangor. Perjalanan dari pasar Bintangor ke Rumah Ngali mengambil masa 20 minit dengan menggunakan perahu/bot enjin sangkut 15 kuasa kuda. Sejumlah 17 buah keluarga/pintu mendiami Rumah Ngali. Pekerjaan utama penduduk adalah sebagai petani. Padi merupakan tanaman utama. Sebagai pendapatan sampingan, penduduk menangkap ikan dan menternak ayam/itik/babi. Anak-anak dari Rumah Ngali bersekolah rendah di SK Sungai Selidap dan bersekolah menengah di SMK Bandar Bintangor/SMK Meradong. Terdapat kemudahan Elektrik dan Telefon Awam di sini. Kini kebanyakan penduduk menggunakan telefon bimbit bagi memudahkan lagi perhubungan. Talian Celcom, Digi dan Maxis dapat digunakan walaupun taliannya kurang jelas. Di Rumah Ngali tidak terdapat kemudahan air dan Jalan Raya. Penduduk mandi di sungai dan minum air hujan. Pada musim kemarau air sungai masin dan hujan pun kurang. Sekiranya terdapat kemudahan jalan raya maka mudahlah bekalan air disambung ke Rumah Ngali. Jalan raya utama Pasi-Selidap terletak hanya beberapa kilometer di belakang Rumah Ngali. Deruan enjin lori dapat didengar dengan jelas pada waktu petang (sunyi). Secara keseluruhannya, Rumah Ngali telah membangun seiring dengan arus permodenan. Pendidikan amat ditekankan oleh ibubapa kerana ia adalah satu-satunya cara untuk lari dari kemiskinan dan seterusnya meningkatkan taraf hidup keluarga. Kekurangan kemudahan asas seperti air dan jalan raya tidak menjadi penghalang untuk terus maju. Semoga Kemudahan air dan jalan raya dapat dinikmati pada masa yang akan datang... 04/06/09
  • wah...hehehe uleh ngaga dlm blog meh tuk..
  • Tuai Rumah Peter telah menggantikan Tuai Rumah Ngali pada tahun 2012. Baru-baru ini saya telah balik ke Nanga Selidap untuk menyambut Hari Gawai 2012. Pejabat Daerah Meradong telah memberikan peruntukan untuk membina Perimeter Bund (Ban Keliling) rumah panjang untuk menyalirkan air yang bertakung di bawah rumah panjang ke Parit Tuan (nama parit berdekatan) yang mengalir ke Batang Rajang. Ini amat menbantu kerana keadaan tanah di bawah rumah tidak lagi bertakung. Semasa Batang Rajang Surut, tiada air dalam parit manakala semasa air pasang baru air mula masuk ke dalam parit. Keadaan ini amat membantu terutamanya musim kemarau seperti pada masa Gawai yang lepas. Penduduk kampung dapat mengangkut air sungai dari parit ban tersebut untuk kegunaan tandas atau kerja-kerja mencuci. Pada awal tahun 2012, kerajaan telah memberikan tong simpanan air dibawah projek bantuan 1 Malaysia ke setiap keluarga penduduk rumah panjang. Ini amat membantu penduduk untuk menakung air hujan sebagai minuman & keperluan lain. Dalam masa yang sama, bantuan air minuman botol juga dihantar ke rumah panjang. Musim kemarau semasa Gawai yang lepas terasa tidaklah sesusah di tahun-tahun yang lepas. Terima kasih kepada kerajaan kerana telah menunjukkan kepekaan terhadap masalah rakyat. Namun demikian, impian penduduk Nanga Selidap untuk mendapatkan jalan akses ke rumah panjang masih samar-samar. Rayuan kepada wakil rakyat tidak jemu-jemu dibuat oleh Tuai Rumah. Dengan harapan rumah panjang tidak sunyi & penduduk dapat bekerja secara berulang-alik ke pasar Bintangor daripada rumah panjang. Jarak Jalan Akses ke Kampung Nanga Selidap ke Jalan Utama Bintangor-Sarikei Bypass ialah lebih kurang 3.1KM. Manakala perjalanan menggunakan Jalan Sungai ke Pasar Bintangor ialah lebih kurang 4.1KM. Dengan hasrat yang kuat untuk meliahat terbinanya jalan akses ini, penduduk kampung bergotong-royong merintis jalan akses tersebut. Saya amat terharu dengan kesungguhan mereka. Mereka berpandangan jauh, mereka dapat lihat kebaikan & manfaat jalan akses ini kepada mereka & khasnya kepada anak-anak mereka. Perjuangan penduduk untuk mendapatkan kemudahan jalan akses ke rumah panjang & bekalan air paip akan diteruskan. Semoga Rumah Panjang Nanga Selidap turut membangun seperti rumah panjang di sekitarnya... 10/06/2012
This article was last modified 17 tahun yang lalu