Sekolah Kebangsaan Kebakat

Malaysia / Kelantan / Wakaf Baru /
 Muat naik gambar

Sejarah SKK dipetik dari laman web sekolah berkenaan www.webict.net/skkebakat/

"Sekolah Kebangsaan Kebakat berasal daripada Sekolah Rakyat. Sekolah Rakyat tersebut didirikan di atas Lot 2226 dengan keluasan tanah 1 999 ekar atau 0.8089 hektar dengan gotong-royong penduduk kampung yang sedar betapa pentingnya ilmu.

Hak milik tanah tapak sekolah ini telah diwakafkan oleh seorang Ketua Kampung (Tok Penghulu) pada ketika itu.

Pengasas sekolah ini ialah Encik Sulong Bin Yusoff. Sekolah ini pada masa itu lebih dikenali dengan nama Sekolah Long, mengambil nama sempena nama pengasas ulung yang bertungkus-lumus menubuh serta menghidupkannya pada waktu itu.

Pada tahun 1958, pengajian di sekolah ini telah terhenti seketika akibat daripada punca kewangan yang tidak menentu. Di atas inisiatif Ahli Jawatankuasa PIBG serta pengasas pada ketika itu, masalah kewangan telah dapat diatasi dan sekolah ini telah dapat dibuka semula oleh Encik Ali bin Salleh dengan keramaian murid seramai 60 orang dengan dibantu oleh dua orang tenaga pengajar."
Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat:   6°7'58"N   102°12'3"E

Komen

  • sekolah ini adalah sebuah sekolah luar bandar tapi terletak di pinggir pekan wakaf bharu. sekolah ini telah banyak mendidik dan melahirkan ramai tokoh-tokoh yang berjaya dalam perbagai bidang seperti perguruan, kerajaan, perniagaan dan industri. masa berganti masa tapi sekolah ini tetap utuh sebagaimana utuhnya bangunan sek keb kebakat. guru bersilih ganti, pelajar juga bersilih ganti, tetapi visi dan misi sek keb kebakat untuk melahirkan generasi terbaik tetap di utamakan. terima kasih kepada pengasas sekolah, tok penghulu (kerana mewakafkan tanah), guru-guru, staf yang pernah dan sedang berkhidmat di sekolah ini serta penduduk kg kebakat kerana telah menjadikan sekolah ini sebagai pusat pendidikan bangsa kita. tidak lupa barisan PIBG sekolah kerana membantu menjalankan aktiviti bersama barisan guru-guru. sekian, -bekas pelajar upsr '99-
This article was last modified 17 tahun yang lalu