PAPARAN KRAFTANGAN TERBAIK MALAYSIA

Malaysia / Kedah / Kuah / Kompleks Kraf Langkawi, Teluk Yu, Mukim Bohor, 07000, Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia.
 lokasi menarik  Tambah kategori

Dunia kraftangan yang pastinya menjanjikan pengalaman unik yang mengasyikkan

Menariknya, Kompleks ini juga menempatkan sebuah Muzium Warisan & Perkahwinan yang dilengkapi dengan rangkaian bengkel-bengkel Kraftangan,. Ia bukan sahaja praktikal malahan is sekaligus membolehkan para pengunjung menyaksikan sendiri secara dekat bagaimana pakar-pakar kraftangan tempatan menghasilkan dan merekacipta hasil kraftangan yang begitu halus dan berseni. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri demonstrasi meniup kaca serta batik lukisan tangan secara langsung didepan mata anda!

Bukan itu sahaja, anda juga akan terpesona dengan hasil tenunan songket yang berkualaiti tinggi selain rekaan serta anyaman tikar pandan yang tentunya mengagumkan. Rasa teruja? Inilah peluang untuk anda saksikan sendiri bagaimana hasil-hasil kraftangan hebat ini dihasilkan.

Sambil anda menghayati anda meneliti proses pembikinan karya-karya seni ini, silalah kunjungi restoran kami yang menawarkan pelbagai juadah dan pemanis mulut tradisional Melayu yang enak dan membuka selera serta pelbagai minuman yang menyegarkan. Rebutlah segala pengalaman yang berharga ini untuk mendampingi, mengenali, dan mengagumi hsail kraftangan tempatan yang sememangnya asli serta kaya dengan nilai-nilai tradisional warisan.

Kompleks Kraf Langkawi, Teluk Yu, Mukim Bohor, 07000, Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia.
TEL: 04-9591913 / 04-9591917 / 04-9591844 - FAX: 04-9592340

KEDAI KRAFTANGAN
Pelbagai produk kraftangan bermutu tinggi dengan hasil buatan tangan yang begitu halus termasuklah batik, kristal, kraftangan tenunan dan bermacam-macam lagi yang boleh didapati di sini. Dengan pelbagai produk yang tersedia serta kepelbagaian pilihan yang ada, para pengunjung pastinya akan rambang mata dan terpukau dengan keaslian rekaan serta buatannya.

MUZIUM WARISAN
Segala-galanya tentang kegemilangan tradisi dan kebudayaan kita dicerminkan oleh sejarah dan masa silam. Alamilah sendiri dan hayati warisan kesenian merentasi zaman yang penuh warna- warni ini.

Cara untuk ke sana

Kompleks Kraf Langkawi terletak di Teluk Yu, Mukim Bohor, Langkawi. Dari tapak ketibaan, samaada di Kuah iaitu sejauh 21 km, atau dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sejauh 24 km dari Kompleks, anda boleh menyewa kereta atau teksi sambil menyelusuri perjalanan melalui kawasan perkampungan yang indah dan mendamaikan menuju ke destinasi.

MALAYSIA YANG MEMPERSONA DI KARYANEKA

KARYANEKA, merupakan pesat cenderamata dan kraftangan Malaysia yang terkemuka dan berperanan sebagai syarikat pemasaran bagi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Kami mempromosi dan memasarkan produk-produk kraftangan yang berkualiti tinggi, dan asli dari Malaysia. Semua produk-produk kami sesuai untuk apa sahaja tujuan, samada sebagai cenderamata mahupun untuk dijadikan bingkisan.

Karyaneka memiliki koleksi produk-produk kraftangan yang bermutu tinggi selain kaya dengan motif dan rekaan asli Malaysia yang terkenal dengan kepelbagaian warisan bangsanya. Kami sentiasa bersedia memeenuhi segala kehendak pelanggan, samaada untuk tempahan khas atau pembelian secara pukal.

SYARIKAT PEMASARAN KARYANEKA
Kompleks Kraf Langkawi, Teluk Yu, Mukim Bohor, 07000, Langkawi, Kedah.
tel: 04 959 116 faks: 04 959 1139 website: www.karyaneka.com.my

Kunjungilah Karyaneka hari ini dan bawa pulang hasil kraftangan Malaysia yang mempesonakan.
KOMPLEKS KRAF LANGKAWI, terletak disebuah kawasan yang meliputi anggaran keluasan sekitar 98,000 kaki persegi, dengan kawasan hijau yang melebihi 32 ekar. Uniknya, konsep kawasan Kompleks ini secara keseluruhannya menggambarkan evolusi dari tradisi dan kebudayaan klasik kepada kontemporari. Dengan lokasinya yang terletak dilereng bukit serta mnghadap ke laut, keindahan alam semulajadi benar-benar melengkapi tema destinasi ini yang bertujuan memaparkan hasil-hasil seni kraftangan tradisional tempatan. Pengunjung pastinya akan terpegun dengan rangkaian produk-produk yang dipamerkan.

Kompleks Kraf Langkawi, Teluk Yu, Mukim Bohor, 07000, Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia.
TEL: 04-9591913 / 04-9591917 / 04-9591844 - FAX: 04-9592340
Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat:   6°25'11"N   99°46'50"E
This article was last modified 10 tahun yang lalu