Kg.Long Dungan dan Kg.Sekapan Panjang

Malaysia / Sarawak / Bintulu /

Di sini ada dua kampung yang dihuni oleh dua kaum i.e Kenyah dan Sekapan. Di sini ada SRK Airport, Belaga. Kebanyakan kaum kenyah di sini telah berpindah ke penempatan baru di Kakus. Hanya kurang 50 keluarga yang masih menetap di sini.
Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat:   2°38'40"N   113°44'40"E

Komen

  • PENEMPATAN MASYARAKAT INI DAHULUNYA ADALAH BERPINDAH RENDAH.PEKAN BELAGA MERUPAKAN SAKAH SATU BEKAS PENEMPAT MEREKA DAHULU KALA.BUKTINYA ADALAH SR ABUN MATU,BELAGA NAMA TERSEBUT MERUPAKAN NAMA KETUA KAUM INI DAHULU.
  • Kpg. Long Dungan sekarang telah dikatakan akan berpecah kepada dua atau tidak akan ujud lagi kerana kebanyakan penduduknya telah berpindah dan akan berpindah ke Data Sg, Senep, Sg. Unan daerah Sebauh Bintulu. Difahamkan pihak kerajaan telahpun mengurus perpindahan mereka di situ dan kaum-kaum disekitar sana telahpun bersetuju mereka untuk berpindah disana.
  • Kpg. Sekapan Panjang merupakan kampung asal di tempat ini. Kawasan in merupakan kawasan yang di berikan/peruntukan oleh kerajaan negeri untuk Sekapan Panjang. Mereka telah menetap di sini untuk tempoh yang cukup lama sudah. Mereka telah diberikan sebuah sekolah rendah kerajaan oleh Kementerian Pendidikan ( SRK Airport) yang mana masih lagi beroperasi sampai ke hari ini. Sekapan Panjang telah diberikan projek oleh kerajaan negeri untuk mebaik pulih rumah panjang mereka kepada sebuah rumah panjang yang cukup cantik dengan kawansan yang diratakan. Sekarang proses pembinaan rumah baru mereka hampir siap dan tinggal beberapa buah rumah yang belum siap dibina. Sekapan Panjang merupakan suku kaum Kajang dan bahasa mereka ada persamaan dengan orang melanau, lahanan, kejaman dan orang punan.
  • cai nyaran ikau nyau apa duen danun tarak air lagi ka.... thank 4 ur coment
  • Sebagai tambahannya...dipercayai org sekapan di pada dulunya adalah terdiri drpd pahlawan atau (lakin)dan terkenal di antara suku-suku di Belaga khususnya. Namun disebabkan oleh ketidakstabilan taraf sosial dan hidup masyarakat pada ketika itu orang-orang sekapan mulai layu dan sampailah pada hari ini ia terdidri daripada suku minoriti sahaja. Masyarakat Sekapan telah menyedari akan fenomena dan sangat-sangatlah mengharap kebijaksanaan ketua kampung (toa levauk)En Among Matu untuk merangka strategi yang lebih baik dan berkesan bagi memantapkan dan mengembalikan kredibiliti Sekapan di Belaga dan umum khasnya. Untuk pengetahuan umum, kesan atau sejarah peninggalan Raja-raja Sekapan terdahulu boleh dilihat dengan jelas di Muzium Negara Kuala Lumpur. Ia merupakan 2 buah keliring yang tersergam indah pada pintu gerbang masuk Muzium berkenaan. Tertera di situ tulisan dan perkataan Sekapan dan Punan yang dengan jelas menunjukkan yang hasil kerja orang Sekapan terdahulu disegani. Mengikut cerita terdahulu, proses kerja membawa keliring tersebut dari kampung Sekapan adalah terlalu rumit disebabkan ketiadaan pengangkutan yang sesuai. Mereka dipercayai menggunakan perahu besar untuk memunggahnya hingga lah ke Sibu. Sementara di Sibu pihak kerajaan telah mengambil alih kerja-kerja mengangkut hingga lah ke Kuala Lumpur.
  • Penempatan utama di sini ialah dua buah penempatan rumah panjang kaum Kenyah dan Sekapan.Penempatan rumah panjang Kenyah di Long Dungan(jauh sedikit dari sekolah) manakala rumah panjang ( Uma Sekapan ) pula bersebelahan dengan sekolah.Juga terdapat beberapa orang etnik Sihan di seberang Batang Rajang bertentangan dengan SRK Airport.Pada 1988 berlaku perbalahan antara kaum Kenyah dengan Sekapan.Sebilangan kaum Kenyah telah berpindah ke penempatan baru di Kakus(Bintulu).(Pernyataan ini berdasarkan pengalaman semasa mengajar di SRK Airport,1988). Di harapkan ada yang sudi memberikan info terkini berkaitan penempatan di Long Dungan dan Uma Sekapan Panjang.(skol04@streamyx.com)
  • perpindahan yg berlaku krn kekurangan tanah untuk menanam padi bukit,,ini juga faktor perpindahan.... kaum kenyah ke kakus
  • Tunjuk semua komen
This article was last modified 17 tahun yang lalu