Sego Centre

Malaysia / Sarawak / Kuching /
 pusat jual beli  Tambah kategori
 Muat naik gambar

Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat:   1°36'28"N   110°20'31"E

Komen

  • Kolej Komuniti Kuching
  • Kolej Komuniti Kuching. Selayang Pandang Kolej Komuniti Kuching ialah Kolej Komuniti yang pertama ditubuhkan di Sarawak dan ia merupakan salah sebuah daripada 10 buah Kolej Komuniti perintis Kementerian Pendidikan Malaysia yang ditubuhkan pada 1 Jun 2001. Kampus induknya kini adalah di Jalan Sultan Tengah di kawasan Parlimen P.168 Petra Jaya dan jaraknya 10 km dari pusat Bandaraya Kuching. Kolej ini mula beroperasi di Sekolah Menengah Teknik Sejingkat, Kuching, dengan lapan orang staf perintis. Sejumlah 26 orang pelajar telah berdaftar sebagai kumpulan pertama untuk mengikuti Kursus Sijil Automotif dan Kursus Sijil Rekaan Fesyen dan Membuat Pakaian pada 12 Jun 2001. Hingga Sesi Julai 2006 terdapat 300 orang pelajar mendaftar sepenuh masa di Kolej Komuniti Kuching. Hingga kini sebanyak 3 kursus telah ditawarkan sepenuhnya iaitu a. Sijil Pelukis Pelan Seni Bina b. Sijil Fesyen dan Pakaian c. Sijil Pelancongan dan Pengembaraan Kolej Komuniti merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kolej Komuniti Telah ditubuhkan melalui Memorandum No 398/2225/00 yang dikemukakan oleh Menteri Pendidikan kepada Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000. Memorandum ini mengandungi konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen. Kolej Komuniti berperanan untuk memberi peluang latihan dan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat serta peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran pekerjaan atau melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Dua belas (12) buah Kolej Komuniti rintis mula beroperasi pada 2001. Di peringkat pusat, Bahagian Pengurusan Kolej Komuniti (BPKK), Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti(JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) telah dipertanggungjawabkan untuk mengawalselia pengurusan semua Kolej Komuniti KPTM. Di peringkat institusi pula, Kolej Komuniti di ketuai oleh seorang Pengarah dan dibantu pegawai-pegawai kanan, pensyarah/pengajar dan juga kakitangan sokongan. VISI “Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang Teknologi, Bisnes dan Industri Perkhidmatan serta berazam melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan” MISI “Mewujudkan peluang, membangunkan potensi dan mencapai kecemerlangan untuk pelajar lepasan menengah dan Komuniti setempat melalui pendidikan dan latihan” MOTO “Satu Pendekatan dan Latihan Bersepadu” OBJEKTIF Menyediakan pendidikan dan latihan yang dinamik dan berkualiti dengan: • menganjur dan mewujudkan laluan alternatif kepada lepasan menengah; • menganjur dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat dalam pembangunan komuniti berpengetahuan(k-communities); • menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiaran (up-skilling) dan melatih semula(re-skilling) untuk keperluan tenaga kerja setempat; • menyediakan rangkaian strategik(Strategic Networking) untuk pengukuhan aktiviti sosio-ekonomi di kalangan pelanggan setempat dan pemegang taruh (stakeholders); • menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pilihan yang berpusat komuniti PROGRAM KURSUS Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menawarkan dua (2) jenis program kursus: • Kursus Sijil Sepenuh Masa • Kursus Jangka Pendek MAKLUMAT KURSUS SIJIL SEPENUH MASA Kursus-kursus sepenuh masa yang ditawarkan di Kolej ini ialah: i. Sijil Pelukis Pelan Senibina ii. Sijil Pelancongan & Pengembaraan iii. Sijil Fesyen & Pakaian Struktur Kursus • Tempoh minima kursus sijil ialah 2 tahun (4 semester) dan tempoh maksima 5 tahun (10 semester). • 1 semester bersamaan 6 bulan. • Latihan industri dilaksanakan pada semester ketiga Bayaran Yang Dikenakan • Yuran Pengajian : RM 200.00 setiap semester pengajian. • Yuran Pelbagai : RM 210.00 dibayar semasa pendaftaran semester pertama sahaja. Kemudahan Asrama Kolej Komuniti Kuching tidak menyediakan asrama. Pegawai Pengambilan boleh membantu mendapatkan tempat tinggal. Bantuan Kewangan Pelajar layak memohon pinjaman Tabung Pinjaman Pelajaran KPTM atau bantuan Kewangan/ biasiswa/ pinjaman dari mana-mana penaja yang lain. Elaun sebanyak RM250 akan diberi kepada pelajar yang layak. Syarat Kelayakan Masuk • Calon mestilah WARGANEGARA Malaysia. • Lulus peperiksaan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) atau SIJIL PELAJARAN MALAYSIA VOKASIONAL (SPMV) Lulus Bahasa Melayu.
This article was last modified 9 tahun yang lalu