Pitas

Malaysia / Sabah / Kudat /
 Muat naik gambar

Pitas merupakan sebuah pekan dan daerah yang terletak di Bahagian Kudat Sabah, Malaysia. Pitas terletak kira-kira 195 kilometer dari Kota Kinabalu dan 132 kilometer dari Kudat. Bersempadan dengan daerah Kota Marudu di sebelah barat, daerah Beluran dan Paitan di sebelah timur. Pitas juga terletak dibahagian utara pulau Borneo. Komposisi etnik utama di Pitas adalah dari etnik Kadazandusun dari suku kaum Rungus dan Orang Sungai (termasuk sub-suku Tambanuo). Populasinya dianggarkan kira-kira 38,600 orang pada tahun 2006.
Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat:   6°42'27"N   117°1'53"E

Komen

  • Pembangunan Pekan Pitas amat memberangsangkan tetapi ada kelemahan yg perlu diambil perhatian oleh Perancang Bandar, Ahli Politik dan Pegawai Berkuasa, antaranya: 1. Bangunkan kedai-kedai ditepi jalan utama kerana para pengunjung/penduduk kampung susah untuk masuk ke dalam, pengangkutan susah bah. 2. SESB (janakuasa) perlu dipindahkan lebih jauh dari tapak sekarang kerana kawasan tersebut sesuai dan stretagik utk pembangunan kedai 3. Jalan bulatan masuk ke Pej. Daerah Pitas/KMarudu amat kecil sehingga kereta kecil pun susah buat pusingan,apatah lagi kereta panjang. Erti kata lain tidak sesuai. 4. Jalan utama/simpang ke hospital baru Pitas amat kecil, berserabut dan mengelirukan. Kasih besar bah kalau buat jalan, baru selesa.
  • bersyukur la ba kamu dengan pembangunan yang ada sekarang ini. lama2 jadi bandar raya juga tu...bak kata pepatah "SIKIT2 LAMA2 JADI JUGA GUNUNG EVEREST" tu...kan sabar tu sebahagian drpd iman kita anyway kita sama2 la berkerjasama dengan kerajaan sya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua yang beragama Islam di Daerah Pitas
  • aku mau kamu kasih bagus ba infrastuktur d sini
  • kamu ini inda besukur bagus lagi ba itu ada di buat kalu lansung x da na apa kamu rasa oren..........kalau kamu mau ba kamu sendiri yang buat baru kamu tawe macam mana susahnya melaksana kan
  • biar pun pitas belum maju lagi, lagi bagus macam itu, banyak nostalgia dalam suasana kampung, kalo mahu hidup moden, tinggal aje di KL,
This article was last modified 5 tahun yang lalu