Tanah Perkuburan Islam | tanah perkuburan Islam

Malaysia / Kelantan / Kota Bahru /
 tanah perkuburan Islam  Tambah kategori
 Muat naik gambar

Kini tanah perkuburan ini sudah berpagar, sebagai mengikut saranan ulamak-ulamak agar kesuciannya terpelihara dari perkara-perkara seperti haiwan berkeliaran yang mungkin akan meninggalkan pula najis-najis. Tahniah kepada pihak yang bersusah-payah berusaha mengutip derma ataupun memohon sumbangan dari pihak-pihak berwajib.
Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat:   6°10'14"N   102°17'43"E

Komen

  • Di tanah perkuburan Islam ini, pada setiap tahun, pada setiap sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha, pada hari kedua hari Raya, yakni sekiranya Hari Raya Aidilfitri maka hari kedua adalah pada 2 haribulan Syawal [untuk tahun Masihi 2015, 02 Syawal mungkin jatuh pada 18 hb. Julai, pada hari Sabtu]. Manakala untuk Hari Raya Aidiladha pula,hari yang kedua adalah 11 haribulan Zulhijjah [untuk tahun Masihi 2015, 11 Zulhijjah 1436 dianggarkan akan jatuh pada 25 haribulan September 2015, hari Jumaat]
  • apakah peristiwa yang istimewa, kalau tidak istimewa sekalipun, saya ingin menganggapnya suatu kenangan manis zaman kanak-kanak yang mana peristiwa itu masih lagi dikekalkan sehingga ke hari ini. Pada masa saya di zaman kanak-kanak, arwah Pak Do Omarlah yang akan menghulur bekas untuk sesiapa yang berhajat untuk memasukkan sumbangan mereka di situ. Pada waktu itu, Pak Do Omar lebih suka duit syiling yang disumbangkan, berbanding zaman sekarang tahun 2015, duit syiling sudah tidak bersesuaian lagi, kerana paling rendah, kanak-kanak yamg beratur akan menerima RM1.00, jika dibandingkan zaman saya, pada tahun 1971-1976. Dengan kata lain, zaman saya adalah 40 tahun lebih dahulu, yakni 4 dekad atau 4 dasawarsa. Zaman saya 40 tahun dahulu saya mendapat RM0.50 apabila berbaris. Sebab itulah arwah Pakdo Omar tidak menyukai sekira orang mendermakan not kertas, pada zaman saya dahulu, kerana sukarlah bagi dia, nak kutip duit lagi, mana nak tukarkan ke dalam bentuk syiling pula. Macam sekarang, orang yang meneruskan legasi arwah Pak Do Haji Omar, akan menjadi lebih senang kerana mereka tidak akan terlibat dengan penukaran duit not kertas ke duit syiling. Kerana pengagihan kepada kanak-kanak yang berbaris menunggu giliran mungkin akan mendapat RM2.00 , di mana orang ramai dewasa ini sudah menukar duit raya terlebih awal, dengan pihak bank, institusi kewangan dalam bentuk RM 1, RM2, RM5, RM10, RM20, RM59 berdasarkan kemempuan mereka.
  • Pada tahun Masihi 2017 tahun ini, hari pengagihan duit raya kepada kanak-kanak mungkin akan jatuh pada 26 haribulan Jun 2017 . Harinya, adalah hari Isnin . Manakala hari raya haji yang kedua pula iaitu 11 Zulhijjah 1438 adalah mungkin jatuh pada 4 haribulan Ogos tahun 2017, iaitu pada hari Jumaat .
This article was last modified 14 tahun yang lalu