Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) (Ulu Pauh)

Malaysia / Perlis / Kangar / Ulu Pauh
 polytechnic (en), college of further education / higher education (en), Politeknik

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah beroperasi di kampus sementaranya di Kolej Komuniti Darulaman pada 16 Mei 2003. PTSS berpindah ke kampus tetapnya pada 16 Jun 2004 dan pengambilan pelajar yang pertama bermula pada sesi Julai 2004

Kampus Tetap Politeknik terletak di KM 25 Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis. Politeknik ini merupakan Politeknik yang ke 18 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekarang ini politeknik adalah di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

Di antara jabatan yang diwujudkan di Politeknik ialah Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Perdagangan, Jabatan Teknologi Maklumat dan Jabatan Hospitaliti. 2 Jabatan sokongan telah ditubuhkan iaitu Jabatan Pengajian Am dan Jabatan Matematik, Sains & Komputer.

Selain dari jabatan akademik PTSS turut mengandungi Bahagian Pentadbiran, Unit Hal-Hal Pelajar, Unit Peperiksaan, Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan, Unit Pembangunan, Unit Kualiti, Unit Kaunseling, Unit Sukan & Ko Kurikulum, Unit Perhubungan & Latihan Industri, Unit Teknologi Pendidikan dan Unit ICT

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin menawarkan kursus diperingkat Sijil (2 Tahun) dan Diploma (3 Tahun) kepada lepasan SPM. Tawarannya terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat:   6°26'55"N   100°20'24"E

Komen

  • HAIIIIIIIIIIIIIIIII SMUA. SAYA IS, SAYA AKAN BELAJAR KAT PTSS NEXT YEAR.. HATI MMG GEMBIRA GLERRRRRRRRRR........ PE2 HALLLLLLLLLL SY SMS LG YEEEEEEEEEE OK BYEEEEEEEEEEEEE
This article was last modified 11 tahun yang lalu