Berjaya Times Square (Kuala Lumpur)

Malaysia / Kuala Lumpur / Kuala Lumpur / Jalan Imbi
 Pasaraya (83)  Tambah kategori

Bangunan yang mengandungi pusat beli-belah yang besar dan dua buah hotel bertaraf lima bintang, yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. BTS dibuka pada Oktober 2003.BTS digelar ‘bangunan yang dibina dalam satu fasa yang terbesar di dunia’, merangkumi keluasan lantai keseluruhan 700,000 m². BTS bakal menjadi mercu tanda utama yang giat dengan membeli-belah, penginapan mewah, perniagaan, makanan dan hiburan.Sekarang, BTS mengandungi lebih 1000 kedai runcit khusus, 1200 bilik servis mewah, serta 65 kedai makan untuk memenuhi citarasa semua, seperti taman tema dalaman terbesar di Asia, Cosmo's World dan teater IMAX 2D dan 3D pertama di Malaysia yang terletak di tingkat 10. Pada April 2005, Kumpulan Borders membuka kedai buku francais pertamanya iaitu kedai Borders terbesar di dunia, di sini.Kedai masyhur yang lain termasuk Metrojaya, Cold Storage dan lain-lain.Stesen Monorail Imbi dihubungkan dengan bangunan BTS melalui jejantas.
Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat:   3°8'31"N   101°42'38"E
This article was last modified 14 tahun yang lalu