Stadium Bung Karno (Daerah Khusus Ibukota Jakarta, Jakarta Raya)

Indonesia / Jakarta / Daerah Khusus Ibukota Jakarta, Jakarta Raya / Komplek Gelora Bung Karno
 stadium, lokasi acara sukan

Stadium Gelora Bung Karno, yang asalnya dikenali sebagai Gelora Senayan, adalah sebuah stadium pelbagai guna yang terletak di Gelora, Tanah Abang, Jakarta Tengah, Indonesia. Sekarang stadium ini kebanyakannya diguna untuk pertandingan bolasepak sahaja. Pada asalnya, kegunaan stadium ini yang telah dibina pada tahun 1962, adalah untuk kegunaan Indonesia selaku tuan rumah Sukan Asia yang keempat, di mana telah diubahsuai untuk menyediakannya sebagai tempat di mana Piala Asia Tahun 2007 berlangsung. Sebelum kejohanan itu, stadium ini tidak diubahsuai. Kapasitinya yang asal sejumlah 100,000 penonton pada sesuatu masa telah dikurangkan kepada 88,083 penonton. Sebagai pengetahuan, nama stadium ini adalah bersempena nama Presiden Sukarno, yang merupakan presiden pertama negara Indonesia. Ianya juga telah menjadi tuan rumah kepada Sukan Asia pada tahun 1979, 1987 dan 1997.
Koordinat-koordinat:   6°13'6"S   106°48'9"E
This article was last modified 11 tahun yang lalu