Wikimapia is a multilingual open-content collaborative map, where anyone can create place tags and share their knowledge.

Mini Market Ima[Pasar Mini Ima]

Malaysia / Kelantan / Kota Bahru /
 minimarket (en)  Tambah kategori
 Muat naik gambar

Kebiasaannya, mini market atau di dalam Bahasa Melayunya disebut Pasar Mini atau dahulunya[dan kini pun masih ramai yang menggunakannya]dipanggil Kedai Runcit di negara Malaysia, sebagaimana juga di negeri Kelantan sebagai contoh, biasanya mereka akan menjual barangan keperluan harian yang mesti dibeli oleh setiap orang ramai di kawasan berkenaan apabila bekalan barang itu di rumah mereka sudah kehabisan. Nak tak hendak mereka terpaksa membelinya juga kerana barang itu adalah keperluan harian. Sebagai contoh barangan seperti gula dan garam adalah memang diperlukan. Kalau nak senang untuk difahami masihkah anda ingat satu adegan di dalam cerita P.Ramlee, kisah Ahmad Albab, sewaktu P.Ramlee menghadiri majlis harijadi Bapa Mertua[watak Bapa Mertua P.Ramlee dilakonkan oleh Allahyarham A.R.Tompel] beliau cuba menggambarkan betapa barangan murah seperti gula dan garam boleh menjejaskan emosi dan menimbulkan kemarahan apabila barang tersebut tiada di rumah[gula] untuk dikacau dengan air kopi atau[garam] untuk ditaruh ke dalam masakan kari sewaktu memasak. Apa yang saya cuba nak gambarkan di sini betapa barangan di Pasar Mini itu adalah kebanyakannya barangan keperluan harian yang harganya tidaklah begitu tinggi tetapi ianya sudah menjadi satu kemestian di kalangan penduduk di sekitar Pasar Mini tersebut.
Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat:   6°7'0"N   102°16'8"E
This article was last modified 16 tahun yang lalu