Wikimapia is a multilingual open-content collaborative map, where anyone can create place tags and share their knowledge.

Pulou Kalapa (Kampung Malangang Lama)

Malaysia / Sabah / Kota Kinabalu / Kampung Malangang Lama
 lokasi menarik  Tambah kategori
 Muat naik gambar

Pulou Kalapa, pernah terkenal dengan penganjuran Kiulu 4M Challenge International selama 10 tahun sehingga 2010 apabila Perbadanan Pelancongan Sabah berhenti menjadi penaja utama. Tempat ini mendapat nama 'pulou' (sebutan orang Dusun Kiulu untuk pulau) kerana pada masa dahulu ia dikelilingi air (sungai Tuaran dan anak sungai Malangang Lama). 'Kalapa' pula berasal daripada perkataan kelapa, di mana kawasan ini dahulu (masih ada beberapa pokok sekarang) dipenuhi dengan pokok kelapa bekas tinggalan penduduk asal 'korul' Malangang Lama. Di sini juga letaknya batu besar dipanggil tontolob, tempat muda-mudi bermandi-manda dari dulu sampai sekarang. Kawasan ini termasuk dalam geran SK Malangang Baru dan diusahakan oleh PIBG sebagai Taman Pelancongan bermula Ogos 2011.
Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat:   6°5'20"N   116°17'10"E
This article was last modified 14 tahun yang lalu