Gereja St. Ignatius (Vilnius)

Lithuania / Vilniaus / Vilnius / Šv. Ignoto street

Gereja St. Ignatius telah dibina di antara tahun 1622 dan 1647. Seperti gereja-gereja Jesuit lainnya di Lithuania, binaannya adalah berkonsepkan basilican, yang mempunyai kubah dan dua buah menara pada kedua-dua belah tepi presbyter. Sebagaimana nasib yang banyak menimpa gereja-gereja di bandaraya, gereja ini juga turut mengalami kebakaran pada abad ke 18, dan telah dibina semula oleh arkitek Tomas Zebrauskas. Sewaktu pemerintahan Tsar gereja telah dijadikan kelab untuk pegawai kerajaan dan telah mengalami kerosakan yang teruk. Pada tahun 1925, gereja ini telah dikembalikan kepada pihak Katolik dan disesuaikan untuk tujuan keagamaan. Sewaktu penjajahan Soviet, ianya dijadikan gudang untuk Studio Cinema. Gereja ini mempunyai bahagian depan yang cantik iaitu rekabentuk Baroque dahulu.
Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat:   54°40'57"N   25°16'56"E
This article was last modified 17 tahun yang lalu