Kampung Serom 5 Hulu
Malaysia /
Johor /
Tangkak /
World
/ Malaysia
/ Johor
/ Tangkak
/ Malaysia / Melaka
kampung
Tambah kategori
Kampung Serom 5 Hulu, 84410 Sungai Mati, Ledang, Johor
Kampung Serom ialah sebuah kampung yang agak dikenali ramai di Daerah Ledang, Johor Darul Ta'zim dengan majoriti penduduknya berketurunan Jawa. Kampung Serom terbahagi kepada beberapa bahagian yang dikenali sebagai Kampung Serom 1, Kampung Serom 2 dan seterusnya sehingga Kampung Serom 8. Semua kampung ini, termasuk Kampung Serom 5 Hulu terletak di Mukim Serom dalam Daerah Ledang. Jika melalui Lebuh Raya Utara - Selatan, Kampung Serom dapat dilihat di kiri kanan selepas susur keluar Tangkak dan Pagoh.
Pekan terdekat dengan Kampung Serom 5 Hulu ialah Pekan Serom 3 dan pusat bandar terdekat ialah Bandar Muar yang kira-kira 20 kilometer jaraknya. Selain Kampung Serom Hulu 5, sebuah lagi kampung ialah Kampung Serom 5 Hilir. Berbanding Kampung Serom 5 Hilir, Kampung Serom 5 Hulu lebih menjadi tumpuan penduduk disebabkan terdapatnya beberapa kemudahan di situ seperti masjid, perpustakaan desa, balai raya dan juga kedai makan.
Kegiatan utama penduduk warga tua di Kampung Serom ialah pekebun kecil yang menumpukan kepada penanaman getah dan kelapa sawit.
Jumlah penduduk di Kampung Serom 5 Hulu dianggarkan seramai 900 orang. Kesemua penduduknya berbangsa Melayu dan Jawa dan beragama Islam. Kebanyakan penduduk membina rumah di tanah sendiri dan agak berjauhan antara satu sama lain. Di samping itu ada juga yang tinggal secara berkelompok yang membina kediaman secara berdekatan disebabkan mempunyai hubungan kekeluargaan.
Penduduk Kampung Serom 5 Hulu sangat akrab dalam menjalinkan hubungan. Mereka masih mengamalkan budaya kehidupan yang berteraskan masyarakat Melayu/Jawa tradisional seperti amalan ziarah-menziarahi, bergotong royong dan berbuat baik sesama jiran. Permuafakatan dan kerjasama yang wujud hasil hubungan yang akrab ini menjadikan kawasan kampung ini aman untuk didiami. Waktu siang dihabiskan oleh kebanyakan penduduk untuk bekerja di kebun getah atau kelapa sawit. Oleh itu, waktu petang biasanya merupakan masa yang terluang dan pada waktu itulah mereka boleh bersua muka atau ziarah menziarahi.
Kampung Serom telah dibuka pada awal tahun 1600. Nama asal Kampung Serom mungkin diambil daripada perkataan “Seram” dan “Harum”. Orang pertama yang dipercayai membuka Kampung Serom ialah Datuk Penghulu Abdullah yang sangat dihormati dan disanjung pada masa itu. Abdullah dikatakan berketurunan Jawa yang datang dari Pulau Jawa, Indonesia bersama 30 orang pengikut.
Pada satu ketika beliau dan pengikutnya telah tersesat di sebuah hutan tebal yang banyak dihuni binatang liar. Setelah berpenat lelah dan usaha mencari jalan keluar tidak berhasil, Abdullah tergerak untuk meneroka kawasan itu dan dipersetujui oleh pengikutnya. Beliau kemudian dilantik menjadi ketua dan digelar Penghulu di kalangan pengikut-pengikutnya.
Diceritakan juga, pengikut Abdullah percaya kawasan mereka tersesat itu berhantu yang menyebabkan mereka tidak dapat mencari jalan keluar. Menurut kepercayaan, hantu-hantu tersebut menjadi marah kerana tempat tinggal mereka telah diganggu. Selang beberapa hari kemudian, beberapa orang telah terhidu sesuatu yang harum di kawasan hutan itu. Keadaan itu menimbulkan kegelisahan di kalangan pengikut Abdullah kerana berasa seram dan takut. Bau harum itu juga selalu menganggu kehidupan mereka.
Berdasarkan peristiwa tersebut, kumpulan pengikut Abdullah ingin memberi nama kawasan itu dengan nama "harum" sementara sebahagian yang lain ingin memberi nama "seram".
Mereka telah mencadangkan agar kampung tersebut diberikan nama “Harum.” Akhirnya terjadilah perbalahan di antara mereka, namun dapat diselesaikan dengan mudah oleh Datuk Penghulu Abdullah.
Datuk Penghulu Abdullah telah menjadi orang tengah dalam perbalahan tersebut. Beliau telah mencadangkan agar nama kampung tersebut diberi nama “Serom” menggantikan nama asalnya iaitu “Seram” dan “Harum.” Menurut cerita daripada salah seorang penduduk di sini, perkataan Serom ini adalah cantuman daripada singkatan nama “Seram” iaitu “Se” dan perkataan “Rum” diambil daripada singkatan nama “Harum.” Akhirnya mereka bersetuju nama “Serom” dinamakan sebagai kawasan petempatan mereka. Kawasan Serom yang mula-mula dibuka adalah kawasan Serom 3 yang juga dikenali dengan panggilan kampung Serom Panggung. Inilah tempat asal Penghulu Abdullah dan orang-orangnya mula bertapak. Keturunan Penghulu Abdullah masih lagi mendiami kawasan Serom Ini.

Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat: 2°11'44"N 102°35'59"E
- Kampung Bukit Senggeh 32 km
- Selandar 39 km
- Bachang 41 km
- Pekan Gemencheh 45 km
- Kampung Tengah 71 km
- Bukit Pelandok 110 km
- Kampung Bukit Bangkong 117 km
- Kampung Ulu Chucoh 120 km
- Kampung Labohan Dagang 130 km
- Kampung Endah 142 km
- Kampung Parit Kangkar 5 km
- Taman Serom Utama 5.9 km
- Taman Tangkak Jaya 10 km
- Kolej Matrikulasi Tangkak 11 km
- Bandar Baru Tangkak 11 km
- Taman Sialang 12 km
- Kampung Pengkalan Besar 12 km
- Tasik Biru Chinchin 15 km
- Melaka 37 km
- Johor 89 km