Kota Damansara (Petaling Jaya)

Malaysia / Selangor / Subang Jaya / Petaling Jaya
 township (en)  Tambah kategori

Kota Damansara yang terletak di Pusat Bandar Sungai Buloh menyahut Wawasan 2020 dan menjadi perbandaran pertama bagi pembangunan Teknologi dan Inovasi di kawasan seluas 126.4 hektar dikenali sebagai Taman Sains Selangor 1 (TSS1). TSS1 terdiri daripada empat komponen utama iaitu industri berteknologi tinggi, industri hiliran, industri kraftangan dan pembinaan kilang deret bersaiz sederhana. Pembangunan industri dapat dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu industri ringan, industri sederhana dan gudang dengan hanya membenarkan industri bebas pencemaran serta industri tambah nilai saja dibenarkan beroperasi di kawasan ini bertujuan mewujudkan suasana bersih tanpa pencemaran. Pengurus Besar PKNS, Datuk Harun Salim, berkata TSS1 ini pasti memberikan peluang serta ruang bagi penyelidikan dan pembangunan di peringkat yang lebih tinggi. Beliau berkata, taman itu juga bakal mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan Kota Damansara serta sama-sama membantu negara mengurangkan kadar pengangguran dan secara langsung menggerakkan ke arah negara maju. Menurutnya, Kota Damansara akan menjadi perbandaran contoh menjelang abad ke-21 dengan pembangunannya yang bersepadu dan dilengkapi kemudahan moden. Katanya, pecahan pembangunan perbandaran ini dibahagikan kepada perumahan (40 peratus) membabitkan kawasan seluas 638 hektar, rekreasi seluas 405 hektar (25 peratus), TSS1 (20 peratus) berkeluasan 316 hektar, pembangunan lain seluas 121.51 hektar, komersil seluas 58 hektar dan institusi seluas 50 hektar. "Jumlah keseluruhan pembangunan di Kota Damansara ialah seluas 1,588.51 hektar termasuk Taman Botani. "Perbandaran bersepadu ini bukan saja menitik beratkan pembangunan unit kediaman dan kawasan komersial malah memberi penekanan ke arah aspek penyelidikan serta pembangunan yang nyata memenuhi halatuju kerajaan bagi menjadikan sebuah negara maju menjelang alaf baru," katanya. Harun berkata, Kota Damansara yang terletak di kilometer 22 dan 26 Jalan Subang-Sungai Buloh dan di Kilometer 20 Jalan Kepong-Kuala Selangor juga mementingkan kehidupan selesa dan berkualiti bagi masyarakatnya dengan mengadakan kemudahan serba canggih dan moden. "Lantaran itu, katanya, reka bentuk perbandaran ini lebih menjurus kepada kehidupan yang harmoni dengan alam malah pembangunan Kota Damansara juga menyediakan pusat rekreasi dan riadah bagi warganya," katanya. Kota Damansara juga menjadi satu-satunya pembangunan bersepadu yang menawarkan kawasan rekreasi kanak-kanak, kelab polo dan ekuestrian, padang golf awam, taman jelutong, taman burung, kawasan perkhemahan, pembangunan lembangan sungai dan gelanggang sukan. Selain kemudahan itu, pembangunan landskap tasik dan denai hutan menghijaukan lagi persekitaran menjadikan Kota Damansara perbandaran yang serba sempurna. Harun berkata, selain menjadi pusat riadah dan rekrasi, taman yang diwujudkan ini bakal menjadi tarikan pelancong serta menjadi pusat konservasi bagi tujuan penyelidikan saintifik. Menurut beliau, Kota Damansara menawarkan unit kediaman yang selesa dan kontemporari di kawasan seluas 638 hektar melalui penyediaan 17,000 unit kediaman kos rendah, kos sederhana dan kediaman mewah. Katanya, unit kos rendah terdiri daripada jenis rumah pangsa manakala sederhana rendah menawarkan kediaman jenis pangsapuri dan kediaman kos sederhana jenis rumah deret satu tingkat. Kediaman sederhana pula, katanya, menawarkan rumah deret dua tingkat dan golongan mewah boleh memiliki rumah berkembar, banglo dan kondominium selain jenis rumah mewah berkonsepkan taman ladang. "Kediaman di Kota Damansara ini menawarkan ciri-ciri unik bagi setiap unit dengan memberikan ruang yang serba selesa serta keperluan minimum tiga bilik tidur, selain reka bentuknya bercirikan kontemporari lagi menawan," katanya. Menurut Harun, setanding dengan pembangunan sekitar, Kota Damansara juga menitik beratkan aspek pembangunan ilmiah selain pembinaan fizikal yang dirancangkan. "Keprihatinan ini mendorong kepada perancangan bagi menyediakan pusat latihan dan ilmiah untuk mengimbangi keperluan pendidikan penduduk setempat. "Perancangan dibuat begitu teliti dan tepat agar dapat merealisasikan pembinaan 12 buah sekolah rendah dan sekolah agama rendah serta dua sekolah menengah," katanya. Selain itu, beliau berkata, terdapat juga peruntukan kawasan bagi menyediakan hospital, masjid dan tanah perkuburan yang jarang disediakan pemaju lain. Harun berkata, PKNS juga menawarkan peluang kepada institusi akademik swasta yang berminat untuk sama-sama menyediakan peluang pendidikan kepada warga Kota Damansara. Bagi memastikan pembangunan keseluruhan tidak menjejaskan kehijauan di Kota Damansara, Harun berkata, PKNS melakukan kerja mengenakan kehijauan serta menjalankan aktiviti penyelidikan bagi memberikan suasana yang sihat lagi nyaman.
Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat:   3°10'5"N   101°34'57"E
This article was last modified 13 tahun yang lalu