Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam (Shah Alam)

Malaysia / Selangor / Shah Alam / Persiaran Perkilangan, 4
 lokasi acara sukan  Tambah kategori

Kompleks Sukan Panasonic pada asalnya adalah sebuah organisasi kerjasama yang ditubuhkan oleh Kumpulan syarikat Panasonic pada tahun 1991 sempena hari ulang tahun ke 25 Panasonic di Malaysia dan secara rasminya dibuka pada bulan Oktober 1991 oleh mantan Timbalan Perdana Menteri ,Tun Abdul Ghafar bin Baba. Jumlah pelaburan bagi kemudahan sukan yang dibina di atas tanah seluas 15.3 hektar ini adalah sebanyak RM34 juta.

Kompleks Sukan Panasonic mempunyai reka bentuk berkonsep terbuka yang berteknologi tinggi dan bercirikan Malaysia serta menjadi kebanggaan sebagai pusat sukan milik persendirian yang terbesar di negara ini. Kompleks sukan pelbagai guna yang bernilai jutaan ringgit ini pada asalnya dibina untuk meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan umum pekerja Panasonic melalui sukan dan aktiviti rekreasi. Kompleks Sukan Panasonic ini menawarkan kemudahan sukan ‘indoor’ dan ‘outdoor’.

Kemudahan ‘outdoor’ yang disediakan terdiri daripada:
400 meter trek olahraga sintetik dengan ruangan VIP dan tempat duduk utama yang dapat menampung 2000 penonton
2 gelanggang bola sepak, 1 gelanggang sintetik menjadi ‘Floodlit Pitch’ dikelilingi oleh trek olahraga
2 Gelanggang Tenis
3 gelanggang sepak takraw
2 gelanggang bola jaring
Sebuah kolam renang bersaiz olimpik yang dilengkapi dengan sistem pencahayaan dari bawah.
Sebuah kolam yang berasingan untuk kanak-kanak.

www.stadium.gov.my/index.php/my/arena/kompleks-sukan-ne...
Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat:   3°3'22"N   101°32'51"E
This article was last modified 8 tahun yang lalu