Sekolah Dato' Abdul Razak(SDAR)

Malaysia / Negeri Sembilan / Seremban /
 boarding school (en), Sekolah Menengah/Pendidikan Menengah
 Muat naik gambar

Keterangan ini hanyalah terjemahan dari laman web SDAR iaitu www.sdaronline.edu.my .


SDAR telah diasaskan di Johor Bahru pada tarikh 1 haribulan Mei, 1956, dengan mula-mulanya dikenali sebagai Sekolah Menengah Melayu. Pengetua pertama sekolah itu adalah sebagaimana cadangan yang terdapat dalam Penyata Razak 1956. Salah satu objektif penubuhan sekolah itu adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid Melayu peringkat sekolah rendah, agar dapat meneruskan pengajian ke sekolah menengah.

Apabila tertubuhnya Sekolah Menengah Melayu, tapaknya pula belum ada. Oleh yang demikian, kumpulan pertama pelajar yang seramai 80 orang dan tiga orang guru ditempatkan dahulu buat sementara di Sekolah Bukit Zaharah, Johor Bahru. Dan di awal tahun 1957, sekolah itu telah berpindah ke Ipoh, Perak. Separuh daripada pelajar(40 orang)dari kumpulan pertama telah mendaftar semula untuk belajar di premis baharu(yang sekarang dikenali sebagai Sekolah Tuanku Abdul Rahman)

Pada bulan Mei 1957, lokasi sekolah itu berpindah lagi ke Tanjung Malim, Perak dan berkongsi kampus dengan Maktab Perguruan Sultan Idris, yang kini adalah Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI). Baki pelajar dari kumpulan pertama, yang mana 40 orang telah belajar di tempat baharu di Ipoh[yang sekarang nama sekolah baharu tersebut(yang juga adalah salah satu dari Sekolah Berasrama Penuh)ialah Sekolah Tuanku Abdul Rahman(STAR)]telah ditempatkan di kampus Tanjung Malim. Bilangan pelajar semakin ramai, dan telah mencecah bilangan 119 orang. Encik R.A. Goodchild, Pengetua Maktab Perguruan Sultan Idris telah ditugaskan menjadi Pengetua sementara kepada sekolah baharu ini. Dua bulan kemudian, Encik R.A. Goodchild telah diganti oleh Encik C.F. Daniels. Pada masa ini, staff akademik adalah 11 orang, termasuk dua orang guru separuh masa. Pada 5 haribulan Januari 1958, bangunan sekolah baharu bersebelahan Maktab Perguruan Sultan Idris, telah dibuka. Dan Encik Ariffin Mohd. Nam telah dilantik sebagai Pengetua sekolah pertama.
Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat:   2°38'47"N   101°59'19"E
This article was last modified 11 tahun yang lalu