Daerah Metropolitan Calcutta

India / Bangla / Calcutta /
 bandar, capital city of state/province/region (en), former national capital (en), mandal headquarter (en), district headquarter (en)

Calcutta merupakan ibunegeri Bengal Barat dan sebuah bandaraya pelabuhan. Bandaraya Calcutta terletak di tebing timur Sungai Hooghly. Bandaraya Howrah yang terletak di tebing barat sungai merupakan bandaraya kembar Calcutta. Sejarah Calcutta adalah bermula semenjak 300 tahun dahulu lagi, apabila seorang insan bernama Job Charnok daripada Syarikat Hindia Timur memajak tiga buah kampung di tebing sebelah timur Sungai Hoogly, Kalikotha, Sutanuti dan Gobindapur daripada Encik Roychowdhuris yang berasal dari Sabarna. Nama Calcutta barangkali berkemungkinan adalah berasal daripada nama kampung Kalikotha(tempat tinggal Dewi Kali). Calcutta pernah menjadi ibukota negara India sehingga bulan Disember Tahun 1911. Kerana kemudahan perhubungannya samada melalui jalan sungai atau darat, Calcutta telah berkembang maju menjadi sebuah kawasan tumpuan ekonomi. Bandaraya Calcutta juga telah memainkan perananya yang penting sewaktu negara India berjuang untuk mencapai kemerdekaannya. Bandaraya Calcutta telah berjaya melahirkan ramai individu-individu cemerlang seperti Swami Vivekananda seorang yang berpandangan jauh, Raja Rammohan Roy, Sasterawan negara yang memenangi anugerah Nobel, Pemuisi bertaraf dunia Rabindranath Tagore, dan pemimpin berkarisma yang hebat seperti Netaji Subhas Ch. Bose, Saintis terkenal Jagadish Ch. Bose dan Prof. Satyen Bose dan Pakar Pembuat filem, Satyajit Ray. Juga tidak ketinggalan, beberapa personaliti dari bidang lain yang juga terkenal dan unggul iaitu Mother Teresa, ibarat malaikat keamanan, Penari Udayshankar, Pakar Sitar(alat muzik)Ravishankar, Ahli Ekonomi yang memenangi anugerah Nobel, Amartya Sen dan pencipta Indrajaal, Ahli silap mata yang terunggul Almarhum P.C. Sorcar. Kesemua mereka ini telah menjadikan bandaraya Calcutta suatu kebanggan pada dunia luar dek kehebatan, kemasyhuran dan kepintaran mereka.
Koordinat-koordinat:   22°32'29"N   88°21'2"E
Array