Ini Rumah Opah saya. Opah saya namanya Khairiah. Arwah Tok saya namanya Mat Don bin Chu Mat Ali bin Gempal. Inilah Kampung sebelah Ayah saya. Ayah saya dipanggil Pak Anjang. Keluarga Ayah saya ada 11 adik beradik. Mak Ngah, Mak Lang, Pak Uda, Pak Andak, Ayah, Pak Itam, Pak Uteh, Mak Long, Makcik Sitah (Granmata) dan akhir sekali Pak Ngah Murad. Cuba kira? Cukup 11? Sebenarnya sebelum Mak Ngah ada seorang lagi makcik tapi saya tak sempat jumpa pasal makcik saya itu meninggal sebelum saya lahir lagi. Arwah makcik saya pernah dipanggil Mak Long. Jadi Mak Long yang sekarang mewarisi kekosongan gelaran Mak Long yang dulu. Keluarga kami keluarga yang besar. Setelah bercambah kami ada berpuluh-puluh saudara mara sepupu sepapat. Dulu Kampung ini rumah kayu tapi sejak anai-anai menyerang, rumah Opah telah dinaik taraf ke separa kayu dan batu. Cantik jua. Saban tahun semakin canggih rumah Opah. Ada aircond bagai. Saya masih ingat betapa luas dan cantiknya rumah kayu Opah yang dulu zaman kanak-kanak saya. Bila tiba raya, saya suka ikut kakak, Makcik Sitah, abang, Abang Faizi, Abang Keyoi pasang panjut (pelita). Sambil tu kami meletupkan sedas dua bunga api dan mercun. Semakin besar meriam pulak jadi pilihan Farid. Keluarga kami ada adik beradik Kembar yang mudah dipanggil Kembo. Kalau ke Kampung Saya ni, janganlah singgah tak tentu pasal, saya memang tak de dekat situ, tapi kalau nak beraya nanti marilah. Lemang kami best. Lemang Legend buat sendiri. Rendang yang sedap. Kuah Kacang yang mantap. Segalanya indah di Kampung. Kenapa saya suka Kampung saya? Hah update terbaru, kami sudah ada generasi terbaru, ramai anak buah dan anak sedara. Dalam setahun sudah ada 3 anak saudara dan bakal bertambah dari semasa ke semasa. Semuanya bernama A. A kan huruf pertama, sedang Manusia pertama namanya Adam, Bapa seluruh manusia. Sila ikuti perkembangan anak-anak saudara kita. Kita akan update info ini lagi masa akan datang. Mana yang kurang di sini, boleh tambah. Sila. Salams.