Wikimapia is a multilingual open-content collaborative map, where anyone can create place tags and share their knowledge.

Brasilia

Brazil / Distrito Federal / Brasilia /
 bandar, capital city of state/province/region (en), Lukis hanya sempadan, UNESCO World Heritage Site (en), capital city of country (en)

Bandaraya Brasilia adalah ibunegara Brazil. Bandaraya Brasilia dan daerahnya adalah terletak di wilayah Tengah-Barat negara Brazil, di sepanjang dataran tinggi Planalto Central. Penduduknya berjumlah 2,557,000 orang mengikut anggaran IBGE Tahun 2008, yang meletakkannya sebagai bandaraya keempat terbesar di Brazil, selepas Belo, Horizonte dan Fortaleza. Namun begitu, kalau dikira dari sudut kawasan metropolitan, kedudukannya akan jatuh ketangga kesembilan. Bandaraya Brasilia telah pun tersenarai di dalam Tapak Warisan Dunia oleh pihak UNESCO(Pertubuhan Pelajaran, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu)(United Nation of Education, Sciences and Culture Organisation). Memandangkan bandaraya Brasilia adalah ibukota negara Brazil, ianya merupakan ibupejabat kepada ketiga-tiga cawangan kerajaan negara Brazil. Bandaraya Brasilia juga dijadikan ibupejabat oleh banyak syarikat terkemuka negara Brazil sperti Banco do Brasil, Caixa Economical Federal, Correios dan Brasil Telecom. Tidak ketinggalan juga, Bandaraya Brasilia dijadikan tempat rujukan dan kajian mengenai Perancangan Bandar. Penempatan bangunan-bangunan kediaman di sekitar kawasan mewah di kota, membina bandaraya di sekitar lebuh-lebuh besar dan membahagikannya kepada sektor-sektor, telah menimbulkan perdebatan dan gambaran tentang hidup di bandaraya-bandaraya besar pada era abad ke 20. Rekabentuk di dalam pelan tindakan bandaraya Brasilia telah memasukkan kawasan-kawasan khusus hampir untuk kesemua perkara, termasuk kemudahan penginapan-seperti Sektor-sektor untuk Hotel, Utara dan selatan. Walaupun begitu, kini dibangunkan kawasan-kawasan baru sebagai lokasi-lokasi untuk hotel, misalnya Sektor Utara Hotel-hotel dan Pelancongan, yang terletak di tebing Tasik Paranoa. Bandaraya Brasilia, telah dimulakan perancangan dan dibangunkan pada Tahun 1956, dengan Lucio Costa sebagai perancang bandar utama manakala Oscar Niemeyer pula adalah arkitek utama. Pada Tahun 1960, Brasilia telah secara rasmi menjadi ibunegara Brazil. Apabila dilihat dari atas, bentuk bahagian utama perancangan bandaraya Brasilia adalah menyamai sebuah kapalterbang ataupun seekor rama-rama. Bandaraya Brasilia seringkali dipanggil Persekutuan Ibunegara, atau ringkasnya BSB. Penduduk yang datang dari bandaraya Brasilia adalah dipanggil "brasilienses"[sekiranya di dalam bahasa Malaysia, ianya bermaksud orang/penduduk Brasil] atau pun candangos. Brasilia adalah berada di dalam statusnya yang tersendiri kerana, sekira nak dikatakan ianya sebuah Dewan Bandaraya, sepertimana kebanyakan bandaraya-bandaraya lain, Brasilia bukanlah bertaraf Dewan Bandaraya, malahan tidak ada satu istilah pun yang dapat menafsirkan secara tepat apakah sebenarnya maksud itu Brasilia. Kebelakangan ini, wilayah pentadbiran yang pertama yang berada di dalam Daerah Persekutuan-yang pernah dipanggil "Plano Piloto"-telah diberi nama baru iaitu "Brasilia". Tetapi, apabila, nama "Brasilia" seringkali digunakan untuk membezakannya daripada "Bandaraya-bandaraya satelit", ia sebenarnya seringkali digunakan, sebagai nama penempatan kota keseluruhan Daerah Persekutuan. Daerah Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam perlembgaan, adalah tidak boleh dibahagikan kepada majlis-majlis perbandaran.
Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat:   15°42'58"S   47°56'10"W
  •  13 km
  •  22 km
  •  24 km
  •  27 km
  •  29 km
  •  37 km
  •  38 km
  •  41 km
  •  43 km
  •  44 km
Array