Hutan Simpan Semulajadi Bukit Timah (Singapura) | Bukit, lokasi menarik

Singapore / Singapura / Hindhede Drive
 Bukit, lokasi menarik

Hutan simpan Bukit Timah adalah hutan simpan bersaiz kecil iaitu 1.64 kilometer persegi(410 ekar) berhampiran pusat geografi negara-bandar Singapura, yang terletak di cerun Bukit Timah dan sebahagian kawasan sekitarnya. Hutan simpan itu lebihkurang 12 kilometers dari tengah-tengah pusat bandar, pusat daerah perniagaan Singapura. Sungguhpun saiznya kecil, ia dianggap di antara hutan semulajadi paling produktif terutamanya oleh Alfred Russel Wallace. Bersama-sama Pusat Tadahan Semulajadi, ianya menempatkan lebih daripada 840 spesies tanaman berbunga dan lebih daripada 500 spesies Fauna. Mengikut Dr. David Bellamy, bilangan spesies tumbuh-tumbuhan di dalam hutan semulajadi kecil ini melebihi daripada bilangan spesies yang terdapat di seluruh Amerika Utara. Pada hari ini, ianya merupakan "tompokan tanah" hutan hujan primer terbesar yang masih tinggal di Singapura.
Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat:   1°21'12"N   103°46'45"E
This article was last modified 9 tahun yang lalu