Pusat Kewangan Dunia | pusat perniagaan/ bangunan, international organization (en)

USA / New Jersey / Hoboken /
 pusat perniagaan/ bangunan, international organization (en)

Pusat Kewangan Dunia merupakan sebuah kompleks yang terdiri daripada beberapa buah bangunan seberang jalan West Street daripada tapak Pusat Dagangan Dunia di bahagian Manhattan bawah, bandaraya New York, menghadap Sungai Hudson. Kompleks ini merupakan pejabat kepada Syarikat-syarikat besar seperti Merrill Lynch dan American Express dan juga Dow Jones, seksyen Wall Street Journalnya sebagai menyebut beberapa contoh. Keseluruhan kompleks ini dipunyai oleh Brookfield Properties, melainkan ruang pejabat yang diduduki oleh Syarikat American Express. Kompleks ini telah direka oleh Arkitek berbangsa Argentina, Cesar Pelli dengan Adamson Associates, dan telah dibina oleh Syarikat Olympia dan York di antara tahun 1985 hingga 1988. Kompleks ini telah dibina di atas tanah yang ditimbus yang pernah dibangunkan Bandar Battery Park di atasnya. Bahan-bahan yang digunakan untuk menimbusnya diambil daripada tanah relai digali sewaktu membina Pusat Dagangan Dunia. Selain daripada itu, bahan-bahan lainnya adalah terdiri daripada bahan buangan dan serpihan-serpihan [logam]. Sebahagian daripada kompleks ini, iaitu Taman Salju, telah rosak teruk akibat terkena tempias serangan pengganas 11 September Tahun 2001, namun ianya telah pun dibuka semula selepas dilakukan suatu pembaikan besar ke atas Taman Salju itu.
Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat:   40°42'44"N   74°0'56"W
This article was last modified 17 tahun yang lalu