Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
Malaysia /
Terengganu /
Jertih /
World
/ Malaysia
/ Terengganu
/ Jertih
/ Malaysia / Kelantan
college of further education / higher education (en), teacher training college (en)
www.ipgmksm.edu.my
Perancangan Perancangan pembinaan Maktab Perguruan Besut Terengganu bermula pada akhir 1990. Perletakan batu asas dan kerja-kerja pembinaan bermula pada 1996. Perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM57.1 juta. Tarikh penggunaan sebenar ialah pada 1 Januari 1999. Dirasmikan oleh DYMM Sultan Terengganu pada 10hb Okt. 2002. Pada 10hb. Okt. 2002 nama Maktab Perguruan Besut ditukar kepada Maktab Perguruan Sultan Mizan, Besut, Terengganu. Pada 6hb Mei 2006, nama Maktab Perguruan Sultan Mizan, telah ditukar nama kepada Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut, Terengganu dan pada 16 Januari 2009 dikenali dengan IPGM Kampus Sultan Mizan.
Luas kampus ini adaiah 50 hektar, yang terdiri daripada lapan buah bangunan akademik, sebuah bangunan pentadbiran, sebuah bangunan gerakerja kokurikulum (GERKO), sebuah bangunan Budisiswa, sebuah dewan besar dan sebuah bangunan pusat sumber dan asrama pelajar. Kampus ini juga menyediakan berbagai kemudahan seperti surau, gelanggang permainan dan kemudahan sukan serta olahraga.
Institut Perguruan Sultan Mizan kini dikenali dengan nama Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan. IPG Kampus Sultan Mizan kini mempunyai lebih 1700 orang pelatih (termasuk pelatih sepenuh masa dan separuh masa). IPG Kampus Sultan Mizan melaksanakan lebih daripada 20 kursus yang melibatkan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Program Pengajian Ijazah 4 Tahun (PPPRPET), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Program Latihan Guru Bestari, Program Kursus dalam Cuti (KDC dan LBPS-KPLI).
IPG Kampus Sultan Mizan mempunyai 13 buah jabatan, iaitu Jabatan Ilmu Pendidikan, Jabatan Pengajian Melayu, Jabatan Sains, Jabatan Matematik, Jabatan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Pra Sekolah, Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Perguruan, Jabatan Bahasa, Jabatan Kajian Sosial, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Kemahiran Hidup dan Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat: 5°47'50"N 102°35'37"E
- Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah 229 km
- Politeknik Sultan Azlan Shah 259 km
- Institut Aminuddin Baki (IAB) 282 km
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) 336 km
- Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman Kampus Johor 372 km
- Kolej Kemahiran Tinggi MARA Masjid Tanah 380 km
- Kolej Yayasan Saad 390 km
- Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia 399 km
- Politeknik Merlimau 404 km
- Institut Pertanian Ayer Hitam (IPAH) 434 km
- Kampung Air Tawar 2.9 km
- Pantai Peranginan Air Tawar 4.2 km
- KAMPUNG ALOR CECAWI 7.3 km
- KAMPUNG KAYU KELAT 7.4 km
- KAMPUNG ALOR PEROI 7.4 km
- Pangkalan Udara Gong Kedak 12 km
- Jeti Pendaratan Ikan Tok Bali 16 km
- Bandar Pasir Puteh 22 km
- Kelantan 79 km
- Terengganu 112 km