SMK Chabang Empat

Malaysia / Kelantan / Tumpat /
 secondary education  Add category
 Upload a photo

Sejarah sekolah menurut sebuah laman web

"Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1965 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Chabang Empat. Pada peringkat awal, sekolah ini tidak mempunyai bangunan sendiri dan terpaksa menumpang di Sekolah Kebangsaan Chabang Empat. Pada tahun pertama persekolahan, bilangan pelajarnya hanya seramai 47 orang sahaja. Pengetua yang pertama ialah En. Nordin b. Mat Saad.

Selepas 10 tahun iaitu pada tahun tahun 1975, barulah sekolah ini mendapat bangunannya sendiri. Bangunan baru ini yang terletak di kawasan seluas 12 ekar telah mula menerima pelajar tingkatan empat dan namanya turut di tukar kepada Sekolah Menengah Chabang Empat. Perasmiannya telah dilaksanakan oleh Menteri Besar Kelantan pada waktu itu, Datuk Haji Mohammad b. Nasir pada tarikh 31 Mac 1976. Pada tahun 2001, sekolah ini mula menerima kemasukan pelajar-pelajar ketingkatan enam.

Pada hari ini, SMKCE telah dilengkapi dengan 12 blok bangunan; yang dapat menampung sebanyak 40 buah bilik darjah pada satu-satu ketika. Bangunan-bangunan ini terdiri daripada bangunan pentadbiran, bilik darjah, bengkel Kemahiran Hidup, bengkel Lukisan Kejuruteraan, makmal sains, kantin, musalla dan asrama. Dengan bilangan pelajar yang melebihi 2000 orang, persekolahan terpaksa dijalankan dalam dua sesi iaitu tingkatan 1 dan 2 pada sesi petang sementara tingkatan 3 hingga 6 pada sesi pagi.

Seramai 11 orang Pengetua telah menaburkan khidmat mereka di sekolah sejak dari penubuhannya."

(petikan langsung dari www.geocities.com/smkce/Profil_Sekolah.htm
Nearby cities:
Coordinates:   6°9'31"N   102°9'11"E
This article was last modified 16 years ago