SMU (A) MAAHAD DARUL ANUAR - MADA (kampung kota jembal ( kedai lalat ))

Malaysia / Kelantan / Kota Bahru / kampung kota jembal ( kedai lalat ) / SMU (A) MAAHAD DARUL ANUAR, Kampung Pulau Melaka, 16150 Kota Bharu, Kelantan

SMU (A) MAAHAD DARUL ANUAR (MADA) yang dahulunya dikenali sebagai SMU(A) DARUL ANUAR (SMUDA) telah diasaskan oleh Allahyarham Tok Guru Nik Mat yang bergelar "Tokku Mat".

Pada awalnya hanya terdapat beberapa orang pelajar yang belajar agama dengan almarhum Tokku Mat,tetapi selepas Nik Abd Aziz pulang dari mesir selepas menuntut di Darul Ulum,India dan Universiti Al-Azhar selepas 10 tahun,pondok itu diambil alih oleh Nik Abd Aziz sendiri pada tahun 1963 dengan menukar kepada sekolah ugama.

Nik Abd Aziz telah diberi kepercayaan oleh ayahnya untuk mengendalikan sekolah agama itu memandangkan beliau adalah orang yang paling layak kerana beliau adalah anak lelaki sulong daripada 18 adik beradiknya serta berpelajaran tinggi dalam ilmu agama.

Terdapat kira-kira 100 orang pelajar dan 7 orang guru ketika Nik Abd Aziz mengambil alih pondok itu.Kebanyakan pelajarnya adalah bekas pelajar pondok dan rata-rata adalah pelajar dari sekitar daerah tersebut.

Pada masa tersebut terdapat 2 sesi yang dijalankan oleh sistem sekolah. Sesi pagi bagi pelajar lelaki dan petang bagi pelajar perempuan.Pada sebelah pagi,mudir yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan pelajar lelaki ialah Ustaz Abdul Rahman (Imam Masjid Kedai Lalat) manakala sebelah petang pula dikendalikan oleh Encik Muhamad bin Ibrahim. Namun Encik Muhamad bin Ibrahim tidak kekal lama berkhidmat. Oleh itu secara tidak langsung Ustaz Abdul Rahman terpaksa memikul untuk mengendalikan kedua-dua sesi. Ustaz Abdul Rahman telah berkhidmat selama 15 tahun. Sepanjang perkhidmatannya beliau telah banyak menabur bakti dalam mempergiatkan dan memperkembangkan perjalanan aktiviti sekolah.
Bandar berdekatan:
Koordinat-koordinat:   6°6'58"N   102°18'4"E
This article was last modified 10 tahun yang lalu